Monday 16 July 2012

Remaja Jual Adik 7 Thn Pada Kawan-Kawan


Sebaik berada di apartmen itu, kakaknya memujuk dia supaya membenarkan lelaki berkenaan merabanya.

“Bermula dengan meraba, mereka terus merogol mangsa. Mereka mengancam mem- bunuh kanak-kanak itu jika dia menjerit atau memberitahu kejadian itu kepada orang lain,” kata Juniak.


Jual adik untuk seks

NEW JERSEY: Seorang gadis berusia 15 tahun ditangkap selepas didakwa menjual adik tirinya berumur tujuh tahun kepada sekumpulan lelaki untuk dirogol di sebuah parti.
Polis New Jersey percaya remaja belasan tahun itu membawa adik tirinya ke sebuah apartmen berhampiran kediaman mereka di Trenton, tempat kanak-kanak itu dirogol oleh kira-kira tujuh lelaki.


Remaja berkenaan dipercayai hadir ketika kejadian dan menerima bayaran daripada mereka yang mengambil bahagian.

Ibu bapa mereka menyangka kedua-duanya melarikan diri apabila tidak menemui mereka di rumah selepas pulang kerja.

“Kami bercakap mengenai seorang remaja yang menyuruh adiknya memasuki sebuah apartmen dan membiarkan sekumpulan lelaki merogolnya,” kata jurucakap polis Trenton, Joseph Juniak.

Remaja terbabit akan didakwa atas tuduhan serangan seksual, menggalakkan pelancuran dan beberapa jenayah lain.

Polis enggan mendedahkan namanya kerana faktor usia.


Bagaimanapun, pendakwaraya di New Jersey berkata, pihaknya merancang meminta mahkamah membicarakan dia sebagai orang dewasa.

Gadis itu kini ditahan di sebuah pusat tahanan remaja.

Sementara itu, Datuk Bandar Trenton, Doug Palmer berkata, kanak-kanak malang itu mengiringi kakaknya ke parti itu kerana takut tinggal bersendirian di rumah.

Sebaik berada di apartmen itu, kakaknya memujuk dia supaya membenarkan lelaki berkenaan merabanya.

“Bermula dengan meraba, mereka terus merogol mangsa. Mereka mengancam mem- bunuh kanak-kanak itu jika dia menjerit atau memberitahu kejadian itu kepada orang lain,” kata Juniak.

Apabila kedua-duanya tidak pulang beberapa jam selepas meninggalkan rumah, ibu bapa mereka menelefon polis. Dua wanita menemui kanak-kanak itu menangis di luar apartmen berkenaan dan menghantarnya pulang.

Kanak-kanak itu kemudian memberitahu ibu bapanya serta polis yang berada di rumah mereka mengenai kejadian yang dilaluinya. — Agensi

1 comment:

Anonymous said...

sumber?????

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”