Monday, 16 July 2012
Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?
Apa yang berlaku pada Proton Preve ini? Siapakah pemilik disebalik model Proton Preve ini?
Apakah sebenarnya masalah yang dialami oleh kebanyakan Proton Preve ketika ini termasuklah kereta Proton Preve merujuk kepada gambar di atas ini sehingga mendatang kerisauan kepada pemilik dan juga bakal pembeli yang berminat untuk menempah Proton Preve ini selepas beberapa gambar di atas dan yang seterusnya seperti di daam laporan berita kali ini mula tersebar di internet……
Mengapa produk Proton dilihat begitu dekat dengan rakyat Malaysia? Ini kerana…hakikatnya kami boleh katakan ini merupakan kereta Proton yang asalnya merupakan idea dan buah tangan Tun Dr Mahathir telah banyak menggunakan duit negara (duit rakyat) sehingga berbelas bilion ringgit berdasarkan rekod dan semakan Kementerian Kewangan ketika itu semasa membangunkan Proton sekitar tahun 90an. Proton telah menggunakan guna duit kerajaan untuk tubuhkan kilang buat kereta. Tiada negara dalamdunia bertindak melabur untuk membuat kereta kecuali Malaysia, di mana negara lain cuma bagi menyediakan insentif/kemudahan kepada pelabur untuk tubuhkan kilang buat kereta.
“Ya…hanya di Malaysia”
Jadi, rakyat Malaysia sememangnya ada hak untuk tampil memberikan pandangan dan kritikan yang membina supaya dilihat pelaburan yang mereka “korbankan” selama ini benar-benar berbaloi.
Walaubagaimanapun, dalam isu kali ini sebelum membuat sesuatu pertimbangan, kita perlu mengambil satu penilaian yang boleh kami katakan bersifat objektif daripada mana-mana pengkritik automotif yang berpengalaman termausklah daripada anda-anda semua di sini. Apatah lagi, Proton Preve masih lagi “baru” dalam pasaran.
Bagi kami penilaian seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas ini boleh kami katakan sebagai sabotaj. Entah-entah mungkin tidak pernah menggunapakai pakai langsung kereta Proton Preve ini tetapi mungkin minda sudah menetapkkan Proton adalah “tidak berguna”, maka akan terus dikritik dan dikritik tanpa alasan yang kukuh.
Samalah juga pandangan yang mengagung-agungkan/mempromosikan secara melampau sehingga mengkritik kereta orang lain. Maka pandangan seperti ini juga tidak wajar diambil secara serius aatah lagi tidak disertakan alasan yang begitu kukuh. Jadi adalah penting di sini untuk kita menganalisa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertinbangan (analytical minded).
Antara Dakwaan Masalah Proton Preve? Benarkah?
Adakah dengan hanya beberapa keping kertas, adakah ramai yang akan terus melenting dan mengakui Proton Preve ini sangat teuk mesalahnya ketika ini sehingga menyebabkan siri menjatuhkan Proton orang lain ini dilihat telah berjaya? Begitu?
Kejadian ini dikatakan berlakudi sekitar cawangan Sungai Besi. “Tuan punya kereta” ini mengatakan berlakunya kebocoran enjin. Agak tergantung di situ? Teringat kami kes yang berlaku di PreveClub di aman terdapat seorang individu yang menjaja cerita dan kisah mengatakan brake kereta beliau mengalami kerosakan. Ada kebocoran katanya lagi dan bertindak sehingga mahu menghantar aduan kepada pengurusan tertinggi, akhirnya terbongkar di mana rupa-rupanya di pengadu tersebut hanyalah kaki provok yang hanya mengaku sebagai “pemilik Proton celup” sahaja.
Antara kenyataan beliau di facebook
Kami lebih suka kes yang berlaku kepada pemilik model kereta Honda sebelum ini. Masih ingat lagi? Pemilik kereta Honda itu sendiri yang membongkarkan dan mendedahkan diri beliau yang sebenar di mana gambar kereta Honda di atas dimuat naik sendiri di blognya. Berbeza dengan kes Proton Preve seperti di atas.
Kes kereta Honda Civic : Pemilik menjelaskan masalah sebenar secara jelas dan beliau hanya memberikan komen dan pandangan hanya berkenaan masalah yang menimpa kereta beliau sahaja.
Kes kereta Proton Preve : Yang ditulis dan yang dipaparkan ketika ini selalu digunakan oleh “basher”. Lebih kepada mahu menghentam Proton di mana tidak highlight pasal masalah sebenar yang menimpa kereta tersebut di mana masalah kereta tersebut ala2 -ala tergantung. Enjin bocor?? Apa bocor.. air menitik?? Di mana??
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment