Wednesday 1 August 2012

1 Ramadhan Saksi Hijrah Sharifah Aleya



Tahniah diucapkan kepada Sharifah Aleya yang kini memulakan langkah penghijrahan didalam bulan Ramadan yang mulia ini. Sharifah Aleya kini mengaku bertudung sejak 1 Ramadhan yang lalu.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa pihak keluarga dan rakan – rakan banyak memberi sokongan terhadap penghijrahan yang dilakukan dan menerusi temubual dengan pihak portal Murai, Sharifah Aleya berkata “Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.”
Menurut Sharifah Aleya lagi, bulan mulia ini adalah merupakan Ramadhan pertama beliau tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia 3 tahun.
Sungguhpun begitu, Sharifah Aleya mengaku masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya, Muhammad Asyraf Aasimuddin. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Sharifah Aleya keatas penghijrahan ini.
Kami dari team JomBerita mengucapkan tahniah kepada Aleya di atas penghijrahanya, semoga beliau mampu membimbing adik-adiknya juga suatu hari nanti. Jom kita tengok imej terbaru beliau



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”