Wednesday, 1 August 2012

Abang Angkat, Akak Angkat ,Adik Angkat



Angkat pegi mana bro?

Kes kereta menjunam macam filem Michael Bay di Kota Bharu haritu buat aku perasan satu benda. Yang bawak kereta ialah adik angkat kepada si peminjam kereta. Yep, kereta tu kereta pinjam dari kawan. Kereta turbo siap sports rim dan spoiler tuh. Tapi tayar semuanya botak. Kah kah Kah. Bodoh punya meleis. Banyak sangat drifting kot? Dekat Kota Bharu jalan tak sebok sangat so boleh drift sampai tayar botak macam kepala Zaibo. HAHAHAHAHA.

Anyway budak yang “menjunamkan” kereta tu baru 17 tahun. Abang angkat si peminjam kereta pulak umurnya 27 tahun. Sekali bersama dengan dia masa tu ialah adik si penjunam berumur 14 tahun. Aku aneh. Apasal tua sangat abang angkat dia ni? Ye ke abang angkat? Ke paedophile nak simpan awek muda tapi bertopengkan abang angkat je lebih? Masa gua kat sekolah dulu biasa la budak form 5 amik adik angkat. Kononnya nak jadi contoh dan rakan kounseling. Kalau keluar bandar belikan A&W Mozza Burger untuk adik angkat. Bila adik angkat demam dia belikan Panadol. Sanggup passing passing Panadol dekat dewan makan tunjuk dia concern (Padahal nak satu dewan makan nampak dia kononnnya caring nak mampos). Akak angkat pun ada gak. Selalunya budak batch yang hensem dan anak orang kaya banyak akak angkats. Same goes to adik angkat perempuan lah. Kalau cantik ada aje abang angkat. Kadang kala bertumbuk abang-abang pasal nak jadi the ONLY abang akak si awek cantik. Macam Highlander la pulak. In the end there could be only one!

Persoalannya kenapa nak lie to yourself? Kenapa struggle nak ngaku engkau hanya sekadar ANGKAT kepada someone. Kalau dalam benak hati yang tidak kudus tu memang dah pasang niat nak jadikan awek/balak ngaku aje la.

“Aku memang suka dengan Nik Shahidah.. tapi dia junior. Aku amik jadi adik angkat lah. At least boleh mendekati”

Makan bontot la weih! Apa ke sengal main angkat-angkat. Ini euphemism seksual mana lak ni? Angkat masuk bilik? Angkat ketika posisi seksual berdiri? Angkat kain masuk jari? Angkat baju seluk dada? Itu ke maksud tersirat “angkat” dalam abang/akak angkat. Coincidentally "angkat" ialah bahasa pasar untuk "beli". Bila beli barang dari taukeh cina mesti kita cakap;

"Gua mau angkat ini komputer liao. Berapa lu bole bagi boss!"

Jadi bolehlah aku assume yang abang dan adik angkat tak lebih dari hubungan jual beli. Lu beli gua hadiah gua akan layan lu sampai lu graduate.So takdelah lu lonely sangat pasal tak ada awek betul. Korang setuju?

Yang di angkat seperti aku cakap tadi semuanya yang hot stuff. Yang mengangkat pulak semuanya muka macam Latif Borgiba dan Rosnah Mat Aris. Mesti punya. Jangan tipu la. Aku yakin korang pun perasan. Paling butoh sekali bila artis Meleis angkat mengangkat antara satu sama lain;

“Hubungan saya dan Eizraz Fazrinaz Qistina tak lebih daripada hubungan seorang abang dan adik”

Eat shit la sial. Mungkin betul kot dia cakap macam hubungan abang dan adik. Tapi hubungan abang dan adik dikalangan rednecks. Dengan kata lain hubungan incest! HAHAHAHA.

Aku pernah nak kena angkat masa muda belia dulu. Zaman takde perot gendot dan masih kachak (gaya Sayuti eja kacak). Sekarang sudah gendots dan muka seperti Mat Over memang takde nak angkat aku lagi. Cuba la angkat. Patah pinggang je!

Tapi aku salahkan yang diangkat jugak. Nak kata "sorry saya tak minat" kesian pulak tengok ada tenuk yang terkinja-kinja dengan kita ye tak? Bagi hadiah mahal masa birthday. Dapat makanan free bila dia outing. Bila dia habis SPM dia pass kat kita soalan SPM dia. Siap riben merah dan kad good luck untuk SPM tahun depan. Siapa nak tolak kan? Yang mengangkat pulak ambik this as a sign that dia still ada harapan nak ngorat yang diangkat.

“Oh minggu lepas Danial Ezran makan satu je kuih apam yang aku beli untuk dia. Minggu ni dia kata dia makan 5 bijik apam. Adakah dia semakin meminatiku?.. oh Danial Ezran ku!”

Padahal Danial Ezran mintak lebih pasal budak dorm mate dia dah menganjing every week asik makan sorang. So dia pun mintak apam lebih untuk dishare bersama rakan satu dorm. Makan free bersama-sama. Yang akak angkat pulak clueless dan masih mendamba cinta yang tak akan kunjung tiba. Kesian kena guna dengan yang diangkat. Agaknya yang menjadi pengangkat memang suka kena guna atau jenis yang easily manipulated. Dek kerana nak sangat bercinta dari orang kacak dan cantik sanggup perabis duit. Bila dah habis study apa pun tak dapat. Lebih-lebih pun posing lepas majlis graduasi sambil memegang bunga. Lepas tu cuci gambar layan jiwan sorang-sorang. Bodoh! HAHAHHAAH!

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”