Saturday 18 August 2012

Al-Quran Dijadikan Pembalut Mercun




Beberapa orang penduduk Panton Labu di Aceh terperanjat apabila menjumpai cebisan Al-Quran dibuat pembalut mercun.

Perbuatan tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk kerana menganggap ia merupakan satu penghinaan terhadap islam.

Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Nurdin menjumpai kertas mercun yang dipenuhi tulisan Al-Quran semasa sedang berniaga pada minggu lalu.

Kemudian untuk tindakan selanjutnya, dia terus melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye.

Ketua MPU telah mengesahkan cebisan kertas yang dijumpainya itu ternyata merupakan cebisan daripada helaian Al-Quran dan menegaskan orang yang bertanggungjawab akan ditangkap dengan segera

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”