Thursday, 30 August 2012

Berhati-Hati Dengan Kata Kunci Yang Anda Pilih

As-Salam. Masakini semakin banyak enjin carian yang makin berhati-hati, apa yang penting bagi enjin carian ialah memberikan sumber terbaik untuk isi kandungan yang terbaik, original dan tepat dengan kata kunci dicari. Pemilihan kata kunci yang sesuai adalah sumber trafik yang tidak ternilai dalam pendekatan SEO untuk blogspot.



Disekat atau Disenarai-hitam oleh Sistem Keselamatan Internet

Namun, dalam memilih kata kunci yang dapat menjana trafik tinggi ke blog, harus anda pastikan bahawa kata kunci tersebut bukan kata kunci sensitif yang melibatkan sosial budaya, agama dan kaum, ia harus dijaga bukan kerana enjin carian yang begitu berhati-hati, tetapi juga kepada sistem keselamatan internet terbina dalam - antivirus dan juga internet security yang ada pada server dan juga sistem komputer peribadi.

Apabila salah memilih kata kunci, blog anda mungkin dianggap berbahaya bagi sesetengah sistem keselamatan internet, lalu menyebabkan blog tidak boleh diakses oleh pengunjung dan pembaca.

Risiko berlaku memang kecil tetapi tidak mustahil ia akan berlaku kepada diri anda jika tidak berhati-hati. Periksa kata kunci anda itu dengan membuat sedikit kajian - cuba search dahulu kata kunci anda untuk lihat samada ia akan disenarai-hitam atau kena blocked.

Semoga bermanfaat.



Sumber Asal: Tips SEO Blogspot | Berhati-Hati Dengan Kata Kunci Yang Anda Pilih http://www.hasrulhassan.com/2012/08/tips-seo-blogspot-berhati-hati-dengan.html#ixzz24zGn6GPj
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”