Thursday, 30 August 2012

Romantic Rendezvous Variasi Ilham Variante


KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2012: Menjadi peneraju dalam variasi pakaian ready-to-wear yang anggun dan elegan, Variente telah meletakkan kedudukannya di satu tahap yang selesa di mana himpunan cetusan perekanya, Leslie Variyan seringkali menjadi pilihan buat sarungan di pelbagai acara dan majlis.
Sudah menjadi signature kepada label ini yang seringkali hadir bersama himpunan yang glamor dan meriah dan mengekalkan kelasnya serta tampil menyerlah. Tiada hairanlah setiap helaian yang disarungkan akan menonjolkan sisi lain si pemakai yakni menaikkan lagi keyakinan buat mereka.
Romantic Rendezvous memiliki kesemua aspek yang disebutkan tadi dimana potongan siluet yang menyerlahkan kewanitaan yang ada dan barangsiapa yang menyarungkan koleksi himpunan ini sudah pasti mata akan tertumpu kepadanya.


Penggunaan rona daripada pastel hinggalah yang terang membuatkan pilihan bagi koleksi ini tidak tertumpu pada majlis atau acara tertentu kerana anda hanya perlu tentukan potongan yang menepati citarasa anda.
Pada mereka yang mahukan ilham yang berlainan untuk disarungkan, koleksi Romantic Rendezvous juga menyediakan ajnas fabrik corak binatang juga helaian yang menggunakan fabric jersey bagi mereka yang sukakan fleksibiliti.
Secara keseluruhan, koleksi terbaru Variante ini membuka ruang anda untuk memiliki pelbagai pilihan sarungan daripada blaus, celana, gaun juga kaftan yang menjanjikan kepuasan dan sudah semestinya membawa anda ke satu aras baru untuk tampil bergaya mewah.
Variante juga memberi sentuhan mewahnya dalam rekaan Little Black Dress atau LBD supaya tampil berbeza daripada LBD yang sering kita lihat dipasaran. Turut sama menjadi kunci utama bagi rekaan baru LBD Variante adalah potongan dan rekaannya telah diberi nafas baru.
Menurut Leslie dia memang telah memutuskan untuk mencabar dirinya menghasilkan sesuatu yang baru untuk meluaskan lagi jangkauannya dalam memberi kepuasan buat wanita kala melaram. Satu lagi kejayaan dicipta Variante apabila koleksi terbarunya buat sang arjuna juga akan berada di pasaran tidak lama lagi.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”