Mari kita tengok apa yang dikutuk oleh pengomen ini.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.
Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.
Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik juga tulisan si pembaca ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment