assalamualaikum dan selamat sejahtera, nampaknya cerita pasal mamat Johari Pain ni tak abis lagi.. haha, kesian. “Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya” haa itulah ungkapan yang paling tepat diberikan kepada Johari Pain ni,nampaknya ramai orang nak beliau tunaikan janjinya, tetapi kemanakah menghilangnya Johari pain ini? akaun facebook miliknya pun sudah tidak dapat diakses mungkin sudah deactivated atau di delete terus..
Bagi yang masih tidak tahu lagi kenapa si Johari Pain ni dicari? baca ni.. sebenarnya Johari Pain (nama facebooknya) telah menulis status facebooknya begini.. tengok gambar di bawah
Jadi kita semua maklum yang Pandelela Rinong ni telah memenangi pingat gangsa dalam sukan Olimpik awal pagi semalam, jadi pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Johari Pain ni telah “Printscreen” status tersebut dan menyebarkan di internet.. tak sampai beberapa jam, fenomena Johari Pain ni telah mengegarkan dunia maya.. Facebook terutamanya. Fenomena ini bertambah parah apabila kes ini masuk dalam suratkhabar online Sinar Harian.. (LINK)
Banyak fanpage di bina yang meminta Johari Pain ini menunaikan janjinya.. haha.. itulah orang kata “terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya”.
adi persoalannya sekarang kemanakah menghilangnya Johari Pain menghilang? hanya dia dan sesiapa yang mengenali dia sahaja yang tahu mungkin, semoga dia tidak buat perkara bukan-bukan.. :D
Akibat dah menjadi perbualan hangat dan rasa tak senang duduk, akhirnya beliau pun memohon maaf, di Twitternya..
No comments:
Post a Comment