Friday 10 August 2012

Johari Pain Janji Perlu Dikerati


Semasa admin menaip entry ni, sebenarnya masih lagi ketawa memikirkan nasib seorang mamat bajet hebat di facebook. Kalau semalam Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bergaya Pandelela Rinong dalam acara 10m Platform, tetapi hari ini, seorang lelaki menjadi terkenal kerana kemenangan tersebut, Mungkin boleh diumpamakan , Pandelela Punya Pingat , Johari Pain dapat nama.

Siapa Johari Pain? Selepas melihat foto dibawah mungkin anda akan faham.




Khabarnya , status ini telah dipadam dari wall facebook beliau tetapi ramai yang sudah printscreen statement “berani mati” beliau ini. Satu pengajaran kepada semua, jangan menilik atau meramal sesuatu yang belum berlaku. Kalau dah jadi macam ini, satu Malaysia dapat tahu . Kan dah malu. Mungkinkah abang ni kena sunat sekali lagi? heheheee

Percaya atau tidak, hanya dalam beberapa jam, sudah wujud fanpage seperti berikut :

Kami nak Johari PAIN tunai janji
Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
Kami semua nak johari pain potong anu
Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia

**Dan yang pasti, nama Johari Pain ini sedang trending di twitter. Dan muncul hashtag #JanjiDikerati..Malaysian, you must be joking. Janji Dikerati?? hahaha.. Tak pasal pasal jadi terkenal. Boleh admin gelak lagi tak? hahahahahahhahahaaaaaaaaa.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”