Friday 10 August 2012

[Video] Iklan Hari Raya 2012 Daripada Bernas-Terbaik!


Setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasti akan ada video iklan hari raya yang akan ditayangkan.Tidak kurang hebatnya juga video iklan hari raya untuk tahun 2012 ini.

Video iklan hari raya daripada Bernas ini, mengisahkan cerita sayu mengenai dua orang kanak-kanak  istimewa, Fizi dan  Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Segamat bagi mengziarahi kubur arwah ibu mereka.Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa mereka tempoh untuk dapat pulang ke kampung mereka di Segamat.

Video ini benar-benar diantara yang terbaik yang pernah kami saksikan dari segi penceritaan  yang sangat menyentuh hati “waja” kami.Mengetahui pula bahawa pelakon cilik ini benar-benar “istimewa”, membuatkan hati kami bergitu tersentuh.

Dalam masa 7 minit, ia telah membuatkan kami benar-benar merasai perasaan mereka.Tak perlu kami menonton filem Ombak Rindu berjam-jam untuk mengeluarkan air mata dan menginsafi diri.

Apa pula pendapat anda mengenai video iklan hari raya dari Bernas untuk tahun 2012 ini?

P.S. Sambil menulis terkeluar air mata “jantan”..Mata masuk habuk..Banyak habuk kat rumah ni..

P.P.S Adalah baik jikalau kita mensyukuri nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita dan tidak berputus asa. Jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik..

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”