Tuesday 28 August 2012

'Menjerat' Pengunjung Dengan Gambar Gadis Separa Bogel


As-Salam. Ini teknik dan taktik yang banyak digunakan oleh blogger lelaki. Mudah je sebenarnya .... mulanya, entri yang ada ala-ala perkataan tersebut akan diselitkan dengan gambar gadis separa bogel, dan kemudian ... setelah operasi ping dilakukan, gambar tersebut akan dibuang .... hasilnya .... blog akan dikunjungi dek kerana gambar gadis separa bogel yang ingin dilihat, dan bukan kerana entri yang ingin dipersembahkan.




Cara begini memang dikatakan licik tetapi memberi kesan ke atas trafik sesebuah blog. HH pernah juga menggelintar menggunakan kata kunci tersebut, dan hasilnya .... akan tersinggah di blog politik yang nyatanya tak ada pun entri berkaitan gambar yang dinyatakan.

Ini adalah teknik dan taktik agar pengunjung yang 'dahaga sesuatu' terjerat ke satu blog yang mungkin di kemudian hari dapat menarik minatnya. Namun, dari segi cara .... ia amat salah kerana memberikan salah info dan memutar-belitkan antara gambar dan cerita.

Walaupun cara begini nampaknya berkesan untuk 'menjerat' pengunjung, tetapi dengan algorithma terbaru daripada Google, entri sebegini bakal dikenakan penalti dan mungkin akan disenarai-hitamkan untuk dimasukkan ke dalam indeks carian.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”