Sekarang ini kalau nak mengambil tindakan tidak boleh “memilih-milih”. Pihak berkuasa boleh mengatakan yang mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas. Tetapi yang bijak menilai dan akan terus memerhatikan gerak-gerak dan hasil kerja pihak berkuasa sekarang ini adalah anda, anda dan anda semua sebagai masyarakat negara ini. PDRM siap tubuh unit lagi khas bagi menyiasat isu melibat pijak dan membontot gambar Najib Razak dan Rosmah Mansor. Hai…..
Kejadian memijak gambar Najib dan Rosmah menjadi mendapat liputan meluas di corong-corong radio dan juga di media-media arus perdana termausklah TV3 dan RTM. Berita kontroversi ini ibarat bom atom yang meletus dan meledak di Hirishima dan Nagasaki.
Individu yang berkelakukan tidak bertamadun seperti ini ataupun yang “sewaktu” dnegannya, tidak sepatutnya disimpan dalam masyarakat.
Hari ini dia pijak muka PM kita..
Esok lusa orang lain jadi PM atau sesiapa sahaja jadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya pada masa-masa yang akan datang, orang lain pula akan memijaknya
Sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai. Sampai bila-bila pun Malaysia sukar mengecepi keamanan yang “diinginkan” rakyat Malaysia
Dalam politik, kita tidak perlu menyokong mana-mana individu (tidak kira parti mana sekalipun) yang berbuat kesalahan pada individu-individu lain. Salah tetap salah. Ianya perlu dihukum ataupun paling tidak pun ditegur ataupun diberikan peringatan. Tetapi biarlah adil. Jangan belah “sini” buat lepas. Belah sana buat, ditahan. Kalau begitulah penguatkuasaan undang-undang Malaysia, tidak hairanlah jenayah di malaysia semakin meningkat. Sebab itulah kalangan rakyat biasa hari ini, lama-kelamaan akan mula naik muak dan mula simpati dengan pihak atau kelompok yang selalu ditindas dan ditipu. Dan mereka menyokong mana-mana pihak yang acapkali teraniaya atau dilayan tidak adil.
Rakyat ada mata, hati dan akal.
Mereka semua akan terus memerhatikan bagaimana negara ini diuruskan
Yang memalukan sekarang ini, perbuatan kencing gambar dan memijak pemimpin kebanyakannya dilakukan oleh golongan yang sudah berumur dan sepatutnya pada usia yang sebegitu menunjukkan contoh yang baik-baik kepada generasi muda. Ini tidak, makin berumur, makin menjadi-jadi perangainya. Bagaimanalah generasi muda kita dapat mencontohi sikap yang baik?
Entahlah….apabila difikirkan semula tidak kiralah kita semunya mempunyai ideologi yang berbeza-beza tentang politik samada tidak menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Kita tidak sepatutnya sokong tindakan seperti ini. Contohnya, kejadina :
Budak muda tersebut yang mengambil tindakan drastik dengan membontotkan dan membuat perkara-perkara tidak senonoh terhadap gambar Datuk Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) dan juga gambar isterinya, Datin Paduka Rosmah Mansor
Tetapi…yang tua-tua pergi membuat senaman punggung tertonggeng-tonggeng depan orang ramai molek sangat? Matang? Melayu Islam lagi? Tepuk dahi dibuatnya. Tetapi………entahlah. Jikalau difikirkan semua, sampai begini sekali tahap politik yang ada hari ini. Ehem….
Tidak kira Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak tepi. Tidak perlu menjadikan politik ini terlalu sempit dek kerana terlalu fanatik kepada sesuatu parti pilihan masing-masing. Tidak perlu sebegitu rupa. Bukan main angguk dan terima. Rajinkan diri menganalisa maklumat sebelum menyalahkan orang lain. Di sini kita boleh lihat, kedua-dua pernah membuatnya. Jangan hanya melihat salah orang lain sahaja. Muhasabah diri sendiri untuk menjadikan politik di Malaysia kembali sihat seperti zaman bapak-bapak kita dahulu.
“Adakah negara ini mempunyai 2 undang-undang yang berbeza bagi kesalahan yang sama kerana…?”
Kami boleh katakan aspirasi politik malaysia ni kurang matang. Politik hanya untuk kuasa, politik seolah-olah suatu agama, itu yang sampai boleh bergaduh-gaduh, hilang akal dan moral, bercerai-berai kerana politik. Sedangkan politik hanyalah tentang menguruskan sesuatu organisasi (daripada sekecil-kecil kelab pembaca buku kepada sebuah negara) dengan berkesan dan seimbang (di antara penyokong dan penentang).
Dengan keadaan sekarang ini, apa yang boleh kami katakan agak mengecewakan. Sedangkan ada yang lebih penting lagi yang perlu diketengahkan dan diperbincangkan tentang masa Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun kami, fikir tiada apa yang mustahil untuk berubah ke arah yang lebih baik. Syaratnya, cakap dan terus buat sahaja.
P/S : Apa kata anda pula melihat keadaan politik yang ada pada hari ini?
No comments:
Post a Comment