Friday, 21 September 2012

Seorang tentera dipenjara kerana mencabul pelajar cantik bawah umur berusia 14 tahun


SINGAPURA - Seorang tentera sepenuh masa berusia 22 tahun dihukum penjara dua tahun kerana mengadakan seks dengan gadis bawah umur. 

Shanurfahmi Shariman, kini menganggur, mengaku bersalah bulan lalu kerana mengadakan seks dengan pelajar sekolah berusia 14 tahun di flatnya di Bedok dan di khemah di sebuah taman, tahun lalu. 


Jenayah itu terbongkar pada Mac tahun ini apabila gadis itu menggugurkan anak ketika kandungannya berusia lima bulan. 

Hakim Mahkamah Daerah, Low Wee Ping berkata, Shanurfahmi sepatutnya tahu perbuatannya itu salah kerana dia sudah mempunyai anak perempuan luar nikah. 

Shanurfahmi tidak disyorkan untuk menjalani tempoh percubaan kerana dia sedar akibat perbuatannya. 

Mahkamah diberitahu, defendan mengambil kesempatan ke atas pelajar sekolah yang masih mentah.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”