Thursday 4 October 2012

Sedih Aku Hanya Menumpang Kasih


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...

Ada seekor anak kucing yang entah datang dari mana singgah kerumah aku. Mungkin dia sesat. Masa dia mula-mula datang (seminggu lalu) dia curi-curi makan, apabila aku tangkap dia terkejut dan menjerit-jerit. Anak-anak kucing, ibu-ibu kucing, bapak-bapak kucing semua datang kerumun mahu melihat perkara yang berlaku.

Anak-anak kucing lain semua ketakutan, mereka hanya datang jenguk sekejap. Aku pasti jika aku letak anak kucing yang terjerit-jerit ini, mesti dia akan dikerjakan oleh ibu-ibu kucing yang tengah menunggu di kaki aku. Ternyata, seekor ibu kucing melompat dan mencakar anak kucing yang terjerit-jerit di tangan aku.

Itu cerita minggu lepas. Sudah berlalu pun, namun anak kucing sesat itu ada lagi, cuma tidak berapa dilayan oleh ibu-ibu kucing. Tapi anak-anak kucing lain berkawan baik dengan anak kucing yang sesat itu. Di bawah ini gambar yang sempat aku snap semasa nak bagi makan. Dan ... sedih juga la.. anak kucing sesat itu cuba mendekati salah seekor ibu kucing. Dia nak menyusu. Apa-apa pun gambar menceritakan segala..

 
Hanya mengintai melihat dari jauh, ibu dan anak kucing lain makan, dia tak lapar, cuma dia mahu minum susu.


Dia cuba mendekati, tapi kena sound oleh si ibu kucing. Sedih weh tengok muka dia. Bila kena sound terus dia berdiri disitu. Tidak bergerak-gerak, agak lama juga, cuma mata dia dok berkelip-kelip.



Sekali lagi dia cuba mendekati si ibu kucing, mendekati terus ke nenen, namun si ibu mengelak. Sekali lagi dia kecewa, selalunya sebelum ini waktu makan adalah waktu atau peluang terbaik untuk dia menyusu, kerana si ibu sedang asyik makan. Tapi tidak kali ini. Untuk hilangkan rasa haus, dia pun minum air yang sudah aku sediakan. sekejap-sekejap dia perhatikan anak kucing lain makan, yakni anak kepada ibu kucing tadi.




Mungkin dia tengah berfikir, “Takpa lah tunggu masa anak dia menyusu la, leh aku cilok time tu, tak pun masa dia tengah tidur..”

1 comment:

Iela Lullaby said...

Awk belikn susu kucig tu..dlm 7hengget je

sian dia...tkpn awk cube belai2 ibu kucing tu bg dia tenang..

bila dh tenng,awk amik ank kucig tu,,dekatkn dia..

insyaAllah boleh..

http://ielahinagiku.blogspot.com/

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”