Saturday 27 October 2012

[Video] Alasan Ustaz Razis penipu kahwin 11 kali: Belum dapat yang solehah


Akhirnya, ‘Ustaz Razis’ penipu yang telah memperdaya 11 wanita Muslimah untuk dijadikan isteri yang kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang kata putus telah ditahan. Ketika ditahan JAIS, ustaz penipu ini telah memberikan alasan kenapa dia berkahwin sehingga 11 kali. Alasan yang diberikan memang sangat tidak munasabah. Jom tengok videonya.

 Alasan Ustaz Razis kahwin 11 kali

Alasan ustaz kasanova perdaya 11 wanita Muslimah

“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.
Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”