Thursday 29 November 2012

Samsung Galaxy Camera di pasaran hari ini



INOVASI...Galaxy Camera dilengkapi pengesan imej 16 megapiksel.

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia fotografi apabila memperkenalkan Galaxy Camera yang dibangunkan bertujuan memberi satu pengalaman baru untuk berkongsi imej.

Kamera yang dipadankan dengan sistem operasi Android itu berada di pasaran pada harga RM1,899 seunit.


Ia dilengkapi dengan pengesan imej 16 megapiksel selain sokongan zum sehingga 21x. Sempena pelancarannya hari ini, Samsung turut mengadakan promosi dengan menawarkan kad sim jalur lebar Hotlink percuma kepada 5,000 pembeli pertama.

Bagaimanapun, pengguna perlu ke cawangan Maxis di pusat membeli belah KLCC, Mid Valley, Gardens atau Sunway Pyramid. Galaxy Camera memiliki paparan skrin mirip Galaxy Note II dan mempunyai ciri boleh dikawal menggunakan skrin sentuh selain arahan suara.


Selain itu, kamera sama turut memiliki ciri ‘Auto Cloud Backup’ iaitu semua imej akan disimpan secara automatik menerusi perkomputeran Cloud sebaik gambar dirakamkan menerusi Samsung AllShare dan dilengkapi ciri WiFi, 3G serta 4G.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”