Thursday, 13 December 2012
Anita Sarawak Kembali Dengan Bertudung
Noorkumalasari mengaku kakak tinggalkan Malaysia kerana terluka
Terluka dan kecewa. Itulah beban emosi yang dikatakan ditanggung Anita Sarawak hingga mendorong diva pop itu pulang ke Amerika Syarikat (AS) secara senyap-senyap, sejak lebih dua tahun lalu.
Bukan krisis rumah tangga, jauh sekali berselisih faham dengan keluarga, insan paling rapat dengan Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita - bekas pelakon dan model era 1980-an, Noorkumalasari mengakui, hati Anita terluka.
Kak Nita berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka, tetapi saya yakin, insya-Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia” Noorkumalasari, Adik
“Kak Nita tidak hilang, cuma dia hendak tenangkan hati di AS. Dia berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka tetapi saya yakin, Insya Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia.
"Saya tidak pernah tanya kenapa Kak Nita berbuat begitu (meninggalkan Malaysia). Ini kerana saya tahu dia tidak akan cerita apa yang berlaku. Tetapi saya tahu sebabnya dan sekarang, saya fikir, mungkin Kak Nita sedar saya sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku," luah Noorkumalasari kepada HIP.
Tidak lagi beraksi lincah di pentas seperti di Las Vegas atau tempat lain, Kak Nita dikatakan sedang sibuk mengurus perniagaan malah diva pop itu dikatakan sudah berpindah ke kejiranan baru.
Masih bertemankan suami, Mahathir, Kak Nita dikatakan mahu melupakan sejenak bidang seni bagi mengembangkan perniagaan. Namun, difahamkan, Kak Nita sedia pulang ke Malaysia jika menerima tawaran baru.
“Saya fikir Kak Nita akan pulang apabila ada tawaran. Cuma buat masa sekarang, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan suami. Dia pun tahu peminat amat merinduinya. Kak Nita akan balik ke sini seperti dulu, ketika dia lama menetap di AS dulu," katanya.
Nafi sekarang berhijab
Menolak dakwaan peminat yang terserempak dengan penyanyi lagu, Seksis itu di Texas, AS, dalam keadaan Kak Nita yang dikatakan sudah berhijab, Julai lalu, Noorkumalasari memberitahu, Kak Nita masih dengan imej lama.
"Beberapa hari lalu, Kak Nita ada hubungi saya beritahu dia sihat bersama suami dan sibuk menguruskan syarikat. Kak Nita beritahu dia masih seperti dulu dan menafikan dakwaan peminat mengenai perubahan dirinya.
“Dia juga beritahu tidak pernah pergi ke mana-mana seorang diri. Malah, jika ada peminat yang menegur, dia tidak akan melarikan diri walaupun dirinya sudah berubah,” katanya menjelaskan persoalan itu.
Noorkumalasari mengakui sebagai adik, dia memahami tindakan yang dilakukan Kak Nita apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan peminat di Malaysia.
“Dia tidak pernah berkongsi masalah dengan saya, tetapi saya tahu dia rasa kecewa dengan seseorang sebab itu Kak Nita pulang ke AS," katanya.
Noorkumalasari ditemui pada majlis pratonton filem Adik Mana Return di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment