Monday 17 December 2012

Kejam! Orang Buta Ini Ditumbuk Kerana Melintas Jalan Terlalu Lama



Kita sepatutnya bersyukur jika dilahirkan dalam keadaan sempurna. Lihatlah orang disekeliling kita yang kurang upaya, mereka terpaksa bergantung harapan untuk meneruskan kehidupan. Baru-baru ini terdapat satu video yang telah tersebar luar tentang sikap seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Ia telah bertindak menumbuk seorang lelaki buta kerana lambat melintas jalan. Akhirnya lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama.

David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.

Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ.



Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”