Monday, 17 December 2012

Team Harimau Malaya Perlu Disiasat!



TEKANAN, GANGGUAN ATAU KECEDERAAN

Nampaknya, Peminat bola sepak Malaysia merelakan dan menerima seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil berat sebelah dan sebagainya.

Namun, saya tidak fikir begitu. Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke Bangkok.

Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada PBNJ dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor. Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan Negara!

Ternyata menjelang umur Safie ke-30an tahun, Safie Salee nampaknya melihat kepada keuntungan peribadi berbanding kepentingan negara. Di Indonesia, Safie dibayar hampir RM100, 000 sebulan. Manakala dengan Johor khabarnya mencecahkan RM100,000. Johor akan membuang Safie Salee jika Safie Salee tidak boleh bermain dan dirundung kecederaan berpanjangan. Nampaknya, Safie Salee seperti menyimpan kecederaannnya untuk pulih sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula!

Kedua, kita merasa was-was kerana Safie Salee hanya diturunkan kurang 20minit di dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu. Kononnya Safiee Salee cedera tidak masuk akal, pengurusan dan Datuk Raja Gopal perlu menjawab ini? Dedahkan Laporan Perubatan Safie Salee dan juga Wan Zack Haikal? Pasukan Perubatan tertakluk kepada Profesionalisme dan Convention Geneva. Mereka mesti memberi laporan semasa.

Apakah Datuk Raja Gopal terlibat dalam konspirasi tidak menurunkan Safie Salee dan Wan Zack Haikal sedangkan sehari sebelumnya, Safie menyatakan kepada wartawan dia sudah bersedia!

Rakyat Malaysia yang membayar Cukai Pendapatan, dan Cukai Pendapatan itu digunakan untuk membayar gaji pemain bola sepak Malaysia, jurulatih dan pengurusan bola sepak. Mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia.

Mereka patut mencontohi Aidil walaupun berdepan masalah Mahkamah dengan Rita Rudaini, tetrapi memberi keutamaan kepada negara. Kembarnya yang cedera langsung tidak bermain, tidak hendak berpura-pura.

Semua orang tahu di umur 30an Safie Salee sedang berdepan penurunan prestasinya. Gaji RM100,000 memang menarik, tetapi Mokhtar Dahari yang sakit bermain juga di Kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan walaupun usianya sudah tidak larat dan penyakitnya sudah ada tanda-tanda dia menahannya. Mereka yang seperti ini sungguh-sungguh tidak patriotik kepada negara!

Kita tidak mempertikaikan berapa pun pendapatan sesiapa pun, itu hak dan rezeki masing-masing. Siasatan perlu dilakukan, post mortem mesti dibuat kerana kelihatan berlaku sesuatu yang tidak kena kepada Team Malaysia, khususnya ketika kalah dengan Thailand!

Siasatan perlu dilakukan! Bagaimana pandangan anda?

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”