Wednesday, 12 December 2012
Teknik Terbaru Guna Nombor Plat ‘@nti AES’
KUALA LUMPUR: Polis Selangor telah berjaga-jaga terhadap pemandu yang memasang gajet baru bagi mengaburi nombor plat kenderaan dengan hanya menekan satu butang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, semua anggota polis yang membuat rondaan diperintahkan untuk berjaga-jaga untuk kenderaan yang dilengkapi dengan alat berkenaan bagi mengelak daripada mematuhi undang-undang lalu lintas dan daripada dirakamkan oleh kamera perangkap kelajuan.
"Mengubah plat nombor adalah satu kesalahan. Anggota polis telah diarahkan untuk mengesan pemandu yang mengingkarinya. Pasukan polis tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan undang-undang. Kami akan datang kepada mereka yang ditangkap menggunakan alat berkenaan," katanya.
Tun Hisan, yang menghadiri "Perkasa Kesedaran Wanita Mempertahankan Diri" Program di ibu pejabat polis daerah Serdang pada Sabtu menambah bahawa pemandu seperti itu merupakan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.
"Ia begitu membimbangkan apabila penjenayah dapat memuatkannya dalam kereta mereka untuk menghalang nombor plat mereka apabila mereka melakukan rompakan. Pemandu yang ditemui dengan alat itu akan diiringi ke balai polis yang terdekat di mana alat tersebut akan dibongkarkan dan disita. Kami juga akan menyiasat pemandu," katanya.
Muka depan akhbar The Star pada Sabtu menyiarkan artikel bertajuk "Automated Escape System" mengenai alat yang dijual secara dalam talian menerusi Facebook, yang direka untuk membolehkan pemandu melanggar undang-undang trafik dan mengelakkan dikenal pasti pada kamera.
Sumber dari: mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment