Wednesday 12 December 2012

G@dis 14 tahun tak bsekolah diperk0s@ beramai2 atas kubur jalan Kuari jam 1 pagi



KUALA LUMPUR – Bahana mengikut ajakan rakan lelaki yang baru dikenali empat hari lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol bergilir-gilir lima lelaki di kawasan kubur di Jalan Kuari di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu didatangi dua rakan lelaki yang baru dikenali dekat kawasan rumahnya di Selayang dengan menaiki kereta mewah untuk dibawa berjalan-jalan.

Sumber polis berkata, akibat terpedaya dengan kemewahan yang dipamerkan dua rakan lelaki itu, remaja berkenaan menerima pelawaan itu sebelum, dia dibawa ke sebuah kedai cuci kereta di Cheras di mana tiga lalgi rakan lelaki terbabit menunggu di sana.

“Sebaik tiba di kedai cuci kereta itu, remaja berkenaan dibawa masuk ke pejabat premis itu untuk berbual-bual dan ketika itu, rakan lelaki yang dikenali mangsa memeluk dan sebelum mencabul remaja terbabit lalu menyatakan niatnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Mangsa yang ketakutan memberikan alasan hendak ke tandas sebelum menghubungi abang sepupunya untuk memaklumkan kejadian dan lokasinya ketika itu,” katanya kepada wartawan semalam.
Malangnya, katanya, sebaik remaja itu keluar dari tandas, kumpulan lelaki itu mengajaknya keluar degan alasan menghantanya pulang ke rumah.

Percaya dengan alasan itu, dia mengikuti kumpulan lelaki terbabit namun mereka membawanya ke kawasan perkuburan di Jalan Kuari.

Katanya, kumpulan lima lelaki itu kemudia memeperkosa remaja itu bergilir-gilir sebelum rakan lelaki mangsa membawanya ke rumahnya di Kampung Cheras Baru.

Belia berkata, mangsa dirogol sekali lagi selepas diugut akan ditumbuk jika enggan menuritu permintaan teman lelakinya. Bagaimanapun, ketika lelaki itu berehat, mangsa menghubungi abang sepupunya semula.
“Kira-kira jam 9 pagi, abang sepupu mangsa tiba di rumah berkenaan. Bagaiamanapun, berlaku pergaduahn antara ibu rakan lelaki mangsa dengan abang sepupunya kerana wanita itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak berkuasa.

“Hasil maklumat orang awam, sepasukan polis tiba di lokasi kejadian sebelum menahan rakan lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan dibawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Assisten Komisioner Khairil Ahras ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk menjejaki emapt rakan lelaki itu.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”