Tuesday 15 January 2013

Khidmat suntik bergerak


Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan.

Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka.

Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka.



URUTAN gambar menunjukkan Suzy menyuntik pelanggannya di dalam kereta dan di rumah.


Perkhidmatan itu menarik minat golongan remaja, suri rumah dan kalangan VIP yang kebanyakan ingin melihat keberkesanan perkhidmatan dan produk itu dengan cepat, mengatasi masalah kulit bermasalah dan inginkan diri kelihatan kekal muda.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”