Tuesday 15 January 2013

Lebih 300 Pati ditahan di Langkawi


LANGKAWI: Seramai 354 orang pendatang asing tanpa izin dari Myammar ditahan di dalam dua buah bot di Kuala Chenang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harith Kam Abdullah berkata seramai 143 orang yang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak menaiki salah sebuah bot itu manakala bot kedua dinaiki 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak. 
"Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang awam yang menyatakan terdapat dua bot yang berlabuh di Kuala Chenang kira-kira jam 3 pagi tadi," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 
Beliau berkata para pendatang itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen.
Sementara itu Harith Kam berkata beliau percaya 40 orang dari kumpulan tersebut telah memboloskan diri ke kawasan pantai dan meminta penduduk melapor jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka. - Bernama

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”