Friday 4 January 2013

Lima pr0g0l didakwa


Orang awam beratur untuk memasuki kamar Mahkamah Daerah Saket di New Delhi bagi menyaksikan pendakwaan ke atas lima suspek kes rogol beramai-ramai semalam.


Kumpulan peguam India melaungkan slogan dan membawa sepanduk ketika mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk Mahkamah Daerah Saket, semalam.

Suspek keenam dijadual dihadapkan ke mahkamah juvana

New Delhi: Lima lelaki didakwa merogol seorang pelajar berusia 23 tahun secara berkumpulan dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi didakwa secara rasmi di mahkamah semalam.

Pendakwa Rajiv Mohan memfailkan kes rogol, memalsukan bukti, menculik, bunuh dan beberapa kes lain di mahkamah di Saket di selatan ibu negara India itu yang dikawal ketat. Kelima-lima lelaki ialah pemandu bas Ram Singh, 33, adiknya Mukesh Singh 26, yang bekerja sebagai pencuci bas dengan syarikat sama, penjual buah, Ram Gupta, 19, pencuci bas, Akshay Singh, 24 dan jurulatih kecergasan Vinay Sharma, 20.

Suspek keenam 17 tahun

Suspek keenam berusia 17 tahun, dijadual dibicarakan di mahkamah juvana dengan hukuman maksimum tiga tahun di pusat pemulihan akhlak.

Pendakwa mengemukakan bukti terhadap selepas mangsa meninggal dunia hujung minggu lalu berikutan kecederaan parah dalam kejadian 16 Disember, ketika jenayah seksual dilaporkan semakin meningkat di India.

“Lelaki terbabit, kebanyakannya adalah penduduk di kawasan setinggan di New Delhi berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan,” kata Menteri Dalam Negeri India, Sushilkumar Shinde.
“Semua tertuduh berkenaan diwajibkan hadir sendiri di mahkamah di hadapan majistret,” kata pegawai perundangan, Rana Dasgupta.

Majistret yang berada di sebuah bilik kecil dengan 30 kerusi memperakui kertas pertuduhan yang diserahkan polis dan menyerahkannya kepada semua tertuduh,” kata Dasgupta.

Dokumen terbabit dilaporkan setebal 1,000 muka surat memperincikan bukti yang dikumpulkan, antara yang paling kuat adalah kenyataan dari mangsa selepas serangan dan pengakuan teman lelakinya yang bersama beliau ketika kejadian.


Teman lelaki kena pukul

Teman lelaki wanita itu dipukul ketika cuba menyelamatkannya selepas mereka menaiki bas persendirian yang dilaporkan turut dinaiki sekumpulan mabuk selepas mereka pulang daripada menonton filem tengah malam.

Peguam di mahkamah daerah di New Delhi itu juga memutuskan mereka tidak akan mempertahankan suspek, bermakna kerajaan perlu melantik peguam untuk mereka.

Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandaraya India sejak serangan 16 Disember lalu menuntut kerajaan mengambil langkah untuk menangani jenayah terhadap wanita dengan memberikan penalti lebih berat terhadap pesalah malah termasuk juga mempertimbangkan pengasian secara kimia. -

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”