Tuesday 5 March 2013

Jeslina Hashim sah bercerai talak satu


Penyanyi dan pelakon  Jeslina Hashim yang pernah popular menerusi filem Seri Dewi Malam harini sah bercerai talak satu dengan suaminya Dion Andrew Vercoe 40 pada pukul 9.55 pagi tadi setelah lapan bulan tidak duduk sebumbung.

Jeslina sebelum ini telah hadir ke mahkamah untuk proses penceraian namun terpaksa di tangguh kerana Andrew tidak dibenarkan melafazkan talak kerana Jeslina dalam keadaan tidak suci.
Kedua-dua pihak juga sudah setuju untuk bercerai secara baik juga hak penjagaan anak,mutaah dan hadanah dapat diselesaikan tanpa pertikaian.

Mereka dikurniakan dua orang anak dan mereka akan tinggal bersama bekas suami  dan diberikan hak lawatan kepada Jeslina di sertai dengan wang nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan dan wang edah sebanyak RM5,000.

Kita hanya merancang namun takdir menentukan segalanya,diharap Jeslina akan terus tabah dan jangan berputus asa atas kegagalan lalu jadikan ia satu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih baik serta percaya pada qada dan qadar.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”