Tuesday 5 March 2013

Azwan Ali mahu jadi calon bebas di PRU 13?



Pengacara sensasi Azwan Ali  harini telah meyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke 13(PRU-13) dek kerana yakin akan pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang selebriti dan ia bukan sekadar cakap kosong sahaja.

Menurut Azwan, dia pernah meluahkan hasratnya itu di Twitter untuk melihat reaksi dari peminat dan rasa bersyukur kerana hasratnya itu mendapat maklum balas yang baik serta menggalakkan.

Walaubagaimanapun, Azwan masih belum membuat keputusan kerusi mana yang dia akan bertanding.

Azwan juga merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) Azmin Ali bekata beliau tidak akan sesekali mencabar Perdana Menteri seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial. Jelasnya lagi beliau ingin bertanding selepas melihat ramai golongan artis telah menyertai parti politik. Tambanya lagi, dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”