Kota Bharu: Kudung kedua-dua kaki dan tangan tidak melemahkan semangat seorang wanita yang gigih menggunakan sepenuh kudrat untuk membesarkan tiga anaknya seperti ibu normal yang lain.
Zabedah Setapa, 43, dari Kampung Membatu, Ketereh yang cacat sejak lahir, selayaknya diberi penghormatan istimewa sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, semalam.
Wanita itu hanya mampu mengengsot untuk bergerak, namun dia amat cekap melakukan pelbagai kerja rumah seperti memasak, membasuh dan menjahit.
Dia yang mengahwini lelaki normal, Badrul Hussin, 39, sejak 14 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Mohd Imran, 13, Mohd Adam, 10, dan Nor Farah, 6, dan semuanya berfizikal normal.
Zabedah berkata, dia tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
No comments:
Post a Comment