Khat Kufi adalah salah satu cabang seni kaligrafi Islam dan merupakan yang tertua.
Ia digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran suatu ketika dahulu sebelum khat-khat yang lain muncul.
Kufi atau kufic sebenarnya berasal dari perkataan “Kufah” iaitu nama sebuah bandar di Negara Iraq di mana seni khat ini mula-mula digunakan dan dipopularkan.
Pada zaman permulaan penulisan di Kufah, Al-Quran ditulis menggunakan tulisan Kufi tanpa ada baris, tidak seperti apa yang kita baca pada hari ini.
No comments:
Post a Comment