Friday, 23 August 2013

Black (Mentor) Umum Bakal Nikah Pada 13 September 2013

Selepas pelbagai dugaan sepanjang pertunangan akhirnya juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah bakal bernikah pada 13 September di Zebra Square, Kampung Pandan, KL.

Black bertunang dengan gadis pilihan yang dikenali lebih kurang dua bulan dan menganggap ianya sebagai jodoh dikenali sebagai Chira Khairi atau nama sebenarnya Naquira Yasira, 28, pada 26 Januari yang lalu .

Persandingan bakal diadakan di tempat yang sama pada 14 September bertemakan English Garden manakala persandingan yang ketiga bakal diadakan di rumah keluarga sebelah lelaki di Flat PPR, Kerinchi.

Jika sebelum ini dia memilih untuk tidak menghebohkan identiti sebenar bakal isterinya untuk menjaga hati ramai pihak kini Black lebih terbuka selepas mengumumkan tarikh pernikahannya siang tadi.

“Saya mengenali dia menerusi seorang kawan dan perjumpaan pertama kami adalah di Dataran Merdeka ketika itu saya ada buat persembahan di sama. Nak dijadikan cerita, dia adalah jodoh saya dan tidak sampai tiga bulan kami merancang untuk bertunang terus.”

Tambahnya lagi, dia tidak merasakan status tunangnya orang biasa itu satu masalah kerana dia merasakan Chira sendiri sudah dapat contoh terbaik apabila bapa saudaranya juga suami kepada selebriti terkenal, Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Tunangnya itu turut difahamkan berasal dari Pulau Pinang dan pernah belajar di Melbourne, Australia.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar sehingga ke tarikh pernikahan nanti!

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”