Tuesday, 8 October 2013

Kekurangan Stok iPhone 5S Mengakibatkan NTT DoComo Hilang 66,800 Pelanggan

Kekurangan bekalan iPhone 5S dipasaran Jepun mengakibatkan kesan buruk kepada NTT Docomo, syarikat telekomunikasi terbesar di negara matahari terbit itu. NTT DoComo menawarkan iPhone 5S dalam pakej promosi mereka. Masalah kekurangan stok bekalan untuk memenuhi permintaan mengakibatkan 66,800 pelanggan NTT DoComo bertindak meminggirkan NTT DoComo pada minggu-minggu terakhir September 2013.

Akibat stok iPhone 5S bekalan yang tidak mencukupi puluhan ribu pelanggan NTT DoComo beralih ke tawaran dari syarikat telekomunikasi Jepun yang lain seperti Softbank dan KDDI semata-mata untuk mendapatkan iPhone 5S melalui pakej ansuran secara kontrak. Peralihan tersebut menjadikan jumlah pelanggan Softbank dan KDDI bertambah.

Hal tersebut didedahkan oleh laporan berita dari Nikkei.com yang diterbitkan dalam bahasa Jepun. NTT DoComo juga turut kehilangan 133,100 lagi pelanggan berdasarkan statisik sistem mobile number portability (MNP). Sebelum ini NTT DoComo tidak pernah menawarkan apa-apa model iPhone dalam pakej telekomunikasi mereka.

iPhone 5S dan iPhone 5C merupakan dua model iPhone yang pertama ditawarkan oleh NTT DoComo. Oleh kerana itu ramai pelanggan NTT DoComo berpusu-pusu mahu mendapatkan iPhone 5S secara ansuran melalui pakej telekomunikasi NTT DoComo saat baru dilancarkan. Permintaan yang tinggi mengakibatkan stok iPhone 5S dalam simpanan NTT DoComo cepat habis.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”