Wednesday, 27 November 2013

Doreaemon Mahu Diharamkan Di Bangladesh

Siapa di sini gemar dengan anime Daraemon? Kami yakin kebanyakkan pembaca gemar memonton anime ini semasa kecil. Di Bangladesh anime ini menjadi kontroversi nasional kerana dikatakan menjadikan anak-anak Bangladesh pemalas, suka ponteng sekolah dan menjadi agen India dalam menghancurkan bahasa kebangsaan Bangladesh.

Anime Doraemon ditayangkan di Disney Channel India yang boleh ditonton di Bangladesh. Untuk versi tempatan, anime ini dialih bahasa kepada bahasa Hindi. Ibu-bapa serta ahli politik risau anak muda Bangladesh mempelajari bahasa Hindu, bahasa kegunaan jiran mereka India dan akan melupakan bahasa kebangsaan iaitu Bengali. Selain daripada itu mereka juga mengatakan Nobita memupuk semangat malas kerana sentiasa memerlukan bantuan Doreaemon untuk segala benda. Ahli politik Bangla mahukan anime ini diharamkan dari tayang TV tempatan sebelum anak-anak Bangladesh menjadi pemalas. Di dalam beberapa laporan akhbar tempatan ada juga ibu bapa menyalahkan masalah ponteng sekolah terhadap Doraemon. What the what?

Aneh Bangladesh! Di Malaysia Doraemon tidak pernah menjadi isu negara. Tak ada pula anak Malaysia yang jadi malas dan ponteng sekolah kerana kucing robot bewarna biru ini. Sebab inilah negara kita lebih berkualiti dan berdaya saing berbanding Bangladesh. Terima kasih Dato Seri Najib kerana tidak pernah menyalahkan Doraemon keatas masalah negara. Beliau hanya menyalahkan agen Yahudi iaitu Pakatan Rakyat sahaja.


Laporan asal blogserius

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”