Monday, 4 November 2013

‘Tak tahu nak buat apa’



Kajang: “Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menguruskan perbelanjaan rumah dan anak-anak kerana tiada pengalaman bekerja serta tiada kelulusan.

“Ketika suami masih hidup, saya tak pernah terfikir yang saya akan bekerja dan menyara anak-anak, namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” kata ibu tunggal, Zuraidah Saizli, 35.

Ibu kepada lima anak berumur empat hingga 16 tahun ini berkata, kematian suami secara tiba-tiba menyebabkan kehidupannya berubah sama sekali daripada dulunya senang, kini terpaksa menggadaikan harta dan menyerahkan dua anak kepada orang lain untuk dijaga.

Menurutnya, suaminya yang bekerja di Pelabuhan Klang meninggal dunia pada Jun lalu kerana serangan sakit jantung ketika tidur, selepas balik daripada kerja.

Foto
ZURAIDAH dan anaknya hanya makan nasi dan telur setiap hari.


“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir kehidupan saya akan berubah sekelip mata.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”