Monday, 9 December 2013

Buah Dada Besar Kerana minum kopi


Saya sering memimum sejenis kopi. Malah saya meminati minum kopi. Jika sedap, pasti ia menjadi kegemaran saya.

Masalahnya, baru-baru ini saya mencuba satu minuman baru. Selepas mengamalkannya, buad dada saya seperti membesar.

Begitupun, saya tidak mengalami masalah ereksi atau pancutan pramatang. Adakah kandungan kopi itu membuatkan dada saya menjadi seperti wanita?

LAN
Pulau Pinang

Saya rasa masalah anda tidak disebabkan minuman terbabit kerana mustahil kopi itu boleh memberi kesan dengan cepat, malah proses tumbesaran buah dada tidak berlaku secepat itu.

Mungkin kopi anda mempunyai kafein dan sedikit tongkat ali. Kedua-duanya mempunyai fungsi 'vasodilator' atau pelancar darah. Jika terasa buah dada membesar di samping berasa segar, itu mungkin kesan vasodilator.

Tambahan pula jika merokok, rokok mengandungi nikotin dan ia meningkatkan tahap 'neuorotransmitter dopamine' yang merangsang minda, tidak hairan jika anda perasan apa yang anda lakukan membuatkan buah dada besar.

Masalah akan selesai jika anda menghentikan semua amalan itu. Jika merokok, segera berhenti merokok dan kurangkan meminum kopi. Pasti gaya hidup sebegini lebih sihat dan mungkin dapat membuatkan anda lebih selesa.

Jika masalah semakin teruk walaupun selepas menghentikan perkara terbabit, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”