Tuesday, 25 February 2014

Foto : Zain Sambut Hari Lahir Pertama Sebagai Suami VS Aaron Aziz Diraikan Peminat

Foto : Zain Sambut Hari Lahir Pertama Sebagai Suami VS Aaron Aziz Diraikan Peminat
Dua pelakon kacak, Aaron Aziz dan Zain Saidin rupa-rupanya berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 23 Februari namun tahun kelahiran mereka berbeza.
Aaron yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada tahun ini telah dikejutkan dengan sambutan besar-besaran hasil rancangan isteri tersayang, Diyana Halik dan kelab peminatnya.
Tambah menarik lagi, sambutan meriah itu tidak hanya dihadiri oleh ratusan (atau mungkin ribuan) penyokong, malah ia turut dirakam oleh program hiburan, MeleTOP yang mana segmen itu akan disiarkan dalam episod akan datang.
Foto : Zain Sambut Hari Lahir Pertama Sebagai Suami VS Aaron Aziz Diraikan Peminat
Selain gembira menerima pelbagai jenis hadiah dari pemberian peminat, Aaron turut terharu apabila hashtagHappyBirthdayAaron Aziz yang dibuat khas untuknya kekal trending di Twitter dalam jangka masa yang agak lama.
Namun, lain pula kisahnya dengan Zain Saidin yang pertama kali menyambut hari lahir sebagai seorang suami tahun ini. Biarpun hanya diraikan dengan sederhana tetapi Rozita Che Wan tetap berusaha membuatsurprise birthday party kepada suaminya yang tercinta.
Difahamkan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta telah datang ke lokasi penggambaran Zain bersama anak sulungnya sambil membawa kek sebagai kejutan.
Foto : Zain Sambut Hari Lahir Pertama Sebagai Suami VS Aaron Aziz Diraikan Peminat
Aksi Che Ta dan rakan-rakan sewaktu menyambut hari lahir Zain
Dan sebaik tamat sesi penggambaran, mereka bertiga serta beberapa krew produksi telah ke Restoran Flora Terrace di Ampang bagi meraikan hari lahir ke-30 Zain dengan makan malam yang sempurna.
Namun apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN! ialah mesej-mesej cinta diluahkan Che Ta kepada Zain di laman Instagram milik aktres jelita itu.
Masih di dalam zon romantis pasangan baru berkahwin, Che Ta melahirkan rasa bertuah kerana memiliki seorang suami yang kacak, menawan, dan penyayang seperti Zain. Malah bersuamikan lelaki muda seperti pelakon kacukan itu membuatkannya terasa seperti remaja semula.
Seronok melihat rumahtangga selebriti yang harmoni dan bahagia biarpun dilanda pelbagai dugaan. Apapun buat semua pembaca, jom lihat foto-foto sambutan hari lahir Zain dan Aaron di bawah ini.


link video
sumber

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”