Tuesday, 25 February 2014

Putus Cinta Lagi, Marsha Risau Akan Jadi Andartu?

Pada bulan November tahun lepas Marsha Milan Londoh mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. S.
Menerusi kenyataan Marsha kepada media tidak lama dahulu, jejaka yang berusia dua tahun lebih muda darinya itu dipercayai seorang ahli perniagaan dan berasal dari Pulau Pinang.
Bagaimanapun pada hari Ahad lepas, Marsha dipercayai sudah kembali solo berdasarkan kepada rakaman video yang dimuat naik oleh Michael Ang di Instagram berserta caption ‘Marsha putus cinta sekali lagi sebab BF EGO sgt semua nak tahu tapi bila masa dia semua tak bagitahu! Kesian! ANAK DARA TUA LA!’
Video : Putus Cinta Lagi, Marsha Risau Akan Jadi Andartu?
Menerusi video tersebut, pengarah drama itu bertanya kepada Marsha berkenaan status hubungannya namun soalan itu dibiarkan tergantung sambil berkata ‘I think i am born to be an andartu kot.’
Walaupun baru berusia 29 tahun, namun nampaknya sedikit sebanyak Marsha tetap risau kerana masih belum berpeluang bertemu lelaki yang layak dijadikan suami.
Untuk pengetahuan anda, Marsha pernah bercinta dengan Keifli AF3, selain digosipkan dengan aktor Hans Isaac, ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr. Z, anak VIP dan ramai lagi.
Jika benar Marsha sudah putus cinta, rasanya tidak susah untuk selebriti kelahiran Akademi Fantasi ini untuk mencari pengganti. Lagipun Marsha masih muda dan cantik, pasti ramai jejaka di luar sana yang ingin memperisterikannya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”