Akhir-akhir ini ramai selebriti tempatan memegang gelaran ‘janda’ disebabkan kes penceraian yang sudah lama atau terbaru hingga dijadikan bahan gurauan oleh sesetengah pihak tambahan yang rupawan.
Baru-baru ini, Nora Danish yang turut dijadikan bahan lawak telah meluahkan perasaannya yang mengatakan beliau kecewa kerana status ‘janda’ dipermainkan oleh masyarakat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiinJ_wPNAr0NnEiDZPxgeB_dZTzKCoIWRTJAKJiedPtFCkgKmnPLlrNoUpaSxneobJ8AwMjCDWKuIK6WkMhPdMnV-fxVHddnsYP3ofVLFtEAzrUs2L2wi6Hr09MwX9gyyNhid92yRmw_w/s1600/nor-danish_zpsadf108dd.jpg)
Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda yang boleh membuatkan tanggapan lelaki terhadap mereka menjurus ke arah negatif.
“Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.”
“Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal,” tambah nora Danish yang meminta gurauan ini dihentikan.
No comments:
Post a Comment