Monday, 24 February 2014

Kenapa Masih Ada Pemohon BR1M 3.0 Secara ONLINE Yang Belum Dapat ?



Sejak Jumaat lalu ATM mencatat sejarahnya yang tersendiri dan mungkin dah pecah rekod dunia agaknya.Semuanya gara-gara pembayaran BR1M 3.0 telah di kreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing.

Sejak itu juga MMI perhatikan wajah-wajah rakyat Malaysia jernih-jernih belaka melainkan 2 kumpulan yang kurang jernihnya.

Satu kumpulan yang tak suka kerajaan BN dan dah tanam dalam diri setiap pemberian itu aku sapu tapi sokong tidak sekali.Hmm tak mengapalah yang penting ampa (yang layak) dapat juga BR1M kan !!

Keduanya kumpulan yang suka kerajaan BN tetapi pembayaran BR1M 3.0 belum lagi masuk dalam akaun masing-masing.

Huh bab ni tension sikitlah , memang ada mereka-mereka di luar sana yang dah memohon secara online tapi belum dapat-dapat lagi.Melihat kepada kawan-kawan yang dah dapat hati mula jadi resah ish aku ni dapat ke tidak ?

Ok kepada mereka-mereka yang masih belum dapat , sekiranya ampa semua layak maka INSYAALLAH hari ini selewat-lewatnya petang nanti akan masuklah dalam akaun masing-masing.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu).  
Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M mempunyai akaun di bank tersebut," katanya.

Jadi kepada semua SABAR sekejap , pelan-pelan periksa na kalau tak masuk juga mesti ada masalah lain.Yang tu ampa kena rujuk LHDN.

Macam mana caranya

Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 bagi calon gagal dapat BRIM. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon yang gagal dapat brim boleh mengemukakan surat rayuan ke LHDN selepas 22 Februari 2014. 

Seperti BR1M yang terdahulu, kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi. Untuk info, pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat mulai 22 Februari 2014. Calon yang gagal mendapat bayaran boleh mengemukan rayuan BR1M seperti yang tertera dibawah.

Cara Buat Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.

2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.

4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”