Wednesday, 12 March 2014

Benarkah misteri kehilangan MH370 dikaitkan dengan alam Jin?



Pelbagai aset negara dan bantuan antarabangsa digerakkan. Telah banyak pakar tampil kehadapan mengeluarkan peLbagai teori. Sudah banyak sidang media diadakan untuk memperjelaskannya. Namun, pesawat MH370 masih gagal ditemui walaupun pencarian sudah melangkaui hari keempat.

Dimana MH370 ?

Dimedia sosial pelbagai spekulasi bertebaran sehingga jenuh pihak berkuasa menjawab segala pertanyaan pihak wartawan ditambah pula entah darimana muncul pakar-pakar mee segera bercakap soal dunia penerbangan ibarat sudah berpengalaman berpuluh tahun mengenainya.

Allah sedang berbicara dengan kita semua disebalik misteri kehilangan MH370. Allah sedang memperlihatkan kekuasaanNYA agar kita sedar bahawa segala kemampuan yang kita miliki adalah terbatas kerana pada hari ini manusia sudah lupa akan kewujudan kekuasaan tuhan yang mencipta alam. Manusia menyanjung ilmu sains berbanding Allah yang empunya ilmu sains tersebut.

Kita tidak menolak kehilangan pesawat MH370 berpunca daripada perbuatan pengganas. Segala kemungkinan tidak boleh ditolak serta-merta. Tetapi mengapakah kita seolah-olah menolak mengenai kemungkinan kehilangan MH370 disebabkan sesuatu diluar jangkauan akal fikiran manusia?. Misteri kehilangan MH370 benar-benar mencabar keilmuan pakar-pakar yang terlibat dan ilmu sains serta teknologi kebanggaan manusia.

Salah satu kemungkinan untuk mengrungkai misteri ini adalah wujudnya kaitan dengan fenomena alam ghaib atau lebih tepat dengan alam Jin itu sendiri. Apakah ianya sesuatu yang mustahil?. Sekiranya segala teknologi yang dimiliki dialam manusia dikerahkan untuk mencari MH370 namun tetap menemui jalan buntu, apakah masih mahu menolak kemungkinan ianya dikaitkan dengan alam jin?.

Bukanlah sesuatu yang mustahil jika makhluk yang bernama Jin melakukan sesuatu terhadap MH370 berserta para penumpangnya dengan izin Allah SWT. Kemungkinan itu ada. Makanya bantuan secara ghaib mestilah berterus ditagih iaitu doa. Manusia yang beriman dengan Allah SWT akan meletakkan segala pengharapannya kepada Allah kerana daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali.

Ada pihak yang menganggap kemungkinan tersebut sebagai satu bentuk jenaka dan mengarut. Tetapi bagi kita sebagai umat Islam, bukanlah sesuatu yang pelik jika terdapatnya manusia-manusia yang tidak mempercayai akan alam ghaib kerana sejak zaman Rasulullah SAW lagi kaum musyrik memperlekehkan akan kewujudannya.

Disaat ini, tiada apa yang lebih penting selain kita meminta tolong secara ghaib iaitu melalui doa. Usah berhenti berharap kerana Allah tahu lagi mendengar doa hamba-hambaNYA. Perlu kita sedar agar mengingatkan diri kita bahawa segala didunia ini adalah milik Allah bukannya milik kita sebagai hambaNYA termasuklah MH370 dan para penumpangnya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”