Monday, 3 March 2014

Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok

Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok
Nampaknya kontroversi yang menghimpit artis jelita Hanez Suraya yang kononnya merampas suami orang hingga meruntuhkan rumahtangga wanita lain masih hangat diperkatakan.
Walaupun Hanez kini enggan mengulas lebih lanjut mengenai status dan dakwaan yang menghimpit dirinya itu, isu ini nampaknya masih rancak dan semakin banyak pula spekulasi yang timbul.
Terbaru, melalui rancangan Melodi, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kekasih Hanez tampil menjawab segala teka-teki mengenai hubungan tiga segi ini.
Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di BangkokNurliyana terguris dengan perbuatan Hanez memuatnaik gambar anak-anaknya
Dia (Hanez) yang mula dulu, dia canang dia nak kahwin, i tak kisah pun. Alhamdulillah jodoh dia dengan suami i, tapi yang paling i tak boleh terima dia ambil gambar anak-anak i masa kenduri rumah mak mertua i, lepas tu dia upload dalam instagram.
Apa motif dia sebenarnya? Itu isu sensitif. Mereka anak-anak i, dia pun belum ada apa-apa hubungan yang sah, tapi i ni masih lagi isteri dia (R), i yang lahirkan mereka. Setiap ibu pun pasti faham apa yang i rasa.
Wanita yang dikenali sebagai Nurliyana itu berkata Hanez tidak sepatutnya memuat naik gambar anak-anaknya untuk tontonan umum.
Semua orang tanya i bila gambar tu tersebar di instagram dia. Daripada i nak tutup hal mereka, sekarang semua orang pun dah tau.
Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di BangkokFoto Hanez bersama anak-anak kekasihnya
Dia berkata, tidak sedikit pun timbul rasa cemburu mengenai hubungan Hanez dan R, tetapi apabila hal ini membabitkan anak-anak, dia tidak boleh berdiam diri lagi.
Nurliyana turut menjawab pertanyaan Hanez yang seolah-olah mempersoalkan tindakan isteri R yang tidak menyerang dirinya.
I bukan jenis penyerang, kalau i nak serang dia, dari awal lagi i boleh buat. I ada bukti dan gambar dia pergi Bangkok dengan suami i. I taknak ganggu pun kehidupan dia, tapi sekarang ni dia dah ganggu hidup i bila ia membabitkan anak-anak.
Dalam pada itu, Hanez tetap mempertahankan diri dengan mengatakan gambar anak-anak R bukanlah satu-satunya gambar kanak-kanak yang ada didalam laman sosial miliknya.
Dalam instagram Hanez memang banyak gambar budak-budak, tak pernah dijadikan isu pun sebelum ni. Dia memang anak kekasih Hanez, tapi Hanez tidak pernah tulis apa-apa pun pada status gambar tersebut.
Sekiranya gambar ini menjadi isu dan mengguriskan hati ibu berkenaan, Hanez bersedia memadam gambar tersebut.
Tambah Hanez lagi, dia tidak ingin mengaibkan sesiapa dan meminta semua pihak menghormati keputusannya dan semua spekulasi akan terjawab dalam sidang media yang bakal diadakan nanti.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”