Monday 3 March 2014

Jerebu kuat di Selangor!

Udara tercemar
Udara tercemar
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan kurang sihat apabila ia mula mencecah 115 manakala kawasan sekitar Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor masih pada paras sederhana.
Peningkatan dipercayai berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasan tanah gambut yang dikesan di daerah ini menyebabkan kualiti udara terutama di Meru dan Kapar merosot, sekali gus menjejaskan aktiviti orang ramai yang bimbang dengan kesihatan masing-masing.
Tinjauan Harian Metro mendapati ada antara penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa, malah ada juga mula mengenakan topeng muka mengelak terdedah jerebu hasil daripada kebakaran yang dipercayai bermula sejak minggu lalu.
Seorang penduduk Taman Kapar Indah, Halijah Sabtu, 51, berkata, dia terpaksa menggunakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau asap yang melanda kawasan itu.
“Saya tahu keadaan jerebu di sini belum lagi pada tahap mengganggu aktiviti harian, namun bau asap yang sangat kuat menyebabkan saya serta ahli keluarga terpaksa memakai topeng muka.
“Saya berharap Meru akan dilanda hujan dalam masa terdekat, sekali gus membantu anggota bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang mengundang pencemaran udara di kawasan ini,” katanya.
Seorang lagi penduduk di Pelabuhan Klang, Mohd Kamil Mohd Yusoff, 36, berkata, masalah jerebu yang melanda kali ini tidak seteruk seperti yang dialaminya tahun lalu kerana bacaan IPU yang dicatatkan mencecah hampir 200 dan kawasan ini dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sumber: Harian Metro

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”