Apabila berada di jalan raya, rata-rata pemandu di Malaysia memandu dengan penuh emosi. Jika boleh, ingin benar mereka memecut laju selaju-lajunya. Jika bab sabar, pemandu kita amat kurang penyabar orangnya. Biarpun pahit, hakikat ini amat sukar ditelan.
Hampir setiap hari terutamanya di bandar bandar besar kita dapat menyaksikan ketidaksabaran pemandu yang memandu dengan emosi ingin cepat sampai ke destinasi.
Jika ada kereta yang menghalang kelancaran pemanduan mereka, pasti akan dinyalakan lampu sebagai tanda ‘sila ke tepi jika tidak memotong’. Paling teruknya apabila golongan ini sudah hilang sabar, bunyi hon pula yang digunakan untuk menghalau pemandu lain.
Nyalaan lampu tinggi dan hon tidak menjadi masalah, tetapi sikap sesetengah pengguna jalan raya yang berlagak samseng ini yang amat menyakitkan hati. Jalan raya bagaikan milik mereka dan memperlekehkan pengguna jalan raya yang lain dengan sewenang-wenangnya.
Antaranya adalah seperti di dalam gambar di bawah ini:
Sumber Gambar: Samseng Taik Kucing |
Menurut cerita tuan empunya gambar, dia telah dikejar oleh pemandu kereta Perodua Viva berwarna silver bermata merah jambu ini hanya kerana tidak puas hati di hon oleh beliau.
Lelaki terbabit cuba menghimpit keretanya dan kemudian mengeluarkan sebatang besi seolah-olah ingin merosakkan keretanya.
Tidak dapat dikenalpasti sama ada lelaki berkenaan berjaya merosakkan kereta mangsa. Namun mangsa sempat mengambil gambar lelaki berkenaan.
Dalam kes ini, kita tidak tahu apa jalan cerita yang sebenar. Namun, tindakan menjadi road bully ini amat dikutuk sekeras-kerasnya. Apa salahnya jika masing-masing bertolak ansur, bertimbang rasa ketika berada di jalan raya? Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, bukannya menggunakan kekerasan untuk selesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment