Thursday 15 May 2014

Neelofa Tak Jadi Kahwin?


Figura ini memiliki segala-galanya. Paras rupa cantik, bakat, bijak dan berharta. Ramai yang sudah tahu Neelofa sedang menyemai cinta dengan pelakon kacak, Hans Isaac. 

Jika dihitung, pelakon dan pengacara yang lebih mesra dengan panggilan Lofa ini sudah boleh memikirkan fasa seterusnya dalam kehidupan iaitu gerbang perkahwinan. 


Bagi empunya diri, banyak lagi perkara yang perlu dicapai dan diperkukuhkan sebelum serius memikirkan soal kahwin. 

"Bagi Lofa, perancangan mengenai kerjaya dan perniagaan perlu diberi fokus. Apabila semua sudah stabil, baharu Lofa nak kahwin," katanya ketika ditemui HIP, baru-baru ini. 

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”