Thursday 15 May 2014

VIDEO DAN GAMBAR : Pemandu Nekad Kejar Dan Langgar Peragut!!!




Satu kejadian ragut berlaku pada petang semalam di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.

Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.










No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”