Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday 14 March 2014

Maki hamun tragedi MH370

Ipoh, Perak : “Kenyataan yang panas dalam status akaun Twitter itu merupakan akaun bukan milik saya tetapi telah disalah guna oleh sesuatu pihak tertentu dengan meletakkan gambar saya di dalam profil akaun Twitter berkenaan,” kata si gadis cantik Nurfatin Sakinah Mohd Salleh, yang 18 tahun ini

Nurfatin mendakwa bahawa dirinya telah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab berhubung dengan kenyataan berunsur maki hamun terhadap misteri kehilangan penumpang pesawat kapal terbang MH370 yang hangat baru ini.

Menurut Fatin, kenyataan yang berunsurkan makian terhadap ‘kebanjiran’ berita penumpang pesawat MH370 itu tersebar secara meluas sejurus ia dikongsi oleh kebanyakan pengguna media seperti Twitter, facebook dan instagram.



Cuaca lebih lembap dijangka mulai akhir Mac ini - MKN

Cuaca lebih lembap dijangka mulai akhir Mac ini - MKN
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjangkakan cuaca di seluruh negara menjadi lebih lembap mulai akhir bulan ini atau awal bulan depan berikutan bermulanya Monsun Peralihan.

MKN, yang mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyelarasan Cuaca Panas, Kering dan Jerebu dengan jabatan dan agensi hari Khamis, menyatakan perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa negara kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut.

"Keadaan serupa turut berlaku kepada negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia sehingga kerajaan di sana mengisytiharkan kemarau di beberapa wilayahnya," kata MKN dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut MKN selain isu bekalan air, keadaan cuaca panas dan kering juga menyebabkan peningkatan risiko kebakaran hutan dan pembakaran terbuka di rantau ini termasuk di Malaysia.

Keadaan berjerebu yang melanda negara kini berpunca daripada pelepasan asap domestik hasil pembakaran terbuka, kebakaran hutan, asap kenderaan dan aktiviti kilang.

"Kemungkinan keadaan berjerebu itu disebabkan oleh jerebu merentas sempadan adalah tipis memandangkan corak tiupan angin dari arah timur laut masih berlaku," kata MKN.

Sehingga 6 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dicatatkan di Pelabuhan Klang pada bacaan 241, manakala 13 stesen lain menunjukkan bacaan tidak sihat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Selain itu, usaha pembenihan awan sejak awal Februari lepas akan diteruskan oleh MetMalaysia bergantung kepada kesesuaian keadaan atmosfera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga menerima lebih 500 panggilan sehari mengenai kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, yang aktiviti pemadamannya dilaksanakan dengan kerjasama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

MKN turut menyatakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga meningkatkan pelaksanaan prosedur tetap operasi iaitu Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bagi mencegah dan mengawal punca kemerosotan kualiti udara.

Perintah larangan pembakaran terbuka juga diaktifkan di Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, MKN menyatakan sebagai persediaan menghadapi peningkatan penyakit berkaitan pernafasan, Kementerian Kesihatan menyediakan bekalan ubat-ubatan, peralatan, dan aset yang mencukupi di hospital dan klinik kerajaan terutamanya di kawasan yang mengalami penurunan kualiti udara.

"Orang ramai terutamanya golongan yang berisiko seperti pesakit asma, kanak-kanak dan warga tua dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menghadapi sebarang masalah pernafasan," kata MKN.

Kementerian Pendidikan juga mengumumkan penutupan sementara sekolah di kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu.


Thursday 13 March 2014

MH370: MAS henti guna kod MH370

MH370: MAS henti guna kod MH370KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menghentikan penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan untuk penumpang dan krew yang hilang bersama pesawat MH370 pada Sabtu lepas.

MAS berkata, kod penerbangan MH370 akan digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sementara kod MH371 akan diganti dengan MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

MAS berkata dua kod baru itu akan berkuatkuasa mulai esok.

“Tiada perubahan kepada jumlah penerbangan dan MAS akan terus mengendalikan perkhidmatan harian dua kali ke Beijing.

“Doa dan ingatan kami akan terus bersama rakan serta penumpang pesawat MH370” kata MAS dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN


1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.
2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)
3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.
4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.
5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.
6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).
7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.
HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI
8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.
9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.
10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL
11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.
12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam
13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.
14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.
15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.
16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…
NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU

Radar Menujukan MH3700 Diikuti oleh pesawat lain Video?


)

Wednesday 12 March 2014

MH370: Bomoh Guna Buah Tembikai Pula



Bomoh is back.. Kali ini guna buah pula. )

Jepun sertai misi mendarat MH370


Jepun hari ini menghantar aset ketenteraannya bagi membantu Malaysia mencari MH370. Menteri pertahanan Jepun Itusnori Onodera mengerah sekurang-kurangnya pesawat C-130 ke Malaysia.


)

Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia

Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia

KUALA LUMPUR: Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Selain itu, menurut laporan AFP,  operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia," kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Juruterbang kata 'OK' sebelum pesawat hilang


Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) mendedahkan, juruterbang memberi makluman yang baik ketika ketika perbualan terakhir sebelum pesawat itu gagal dikesan, Sabtu lalu.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu itu menyebut, juruterbang memaklumkan “OK roger, good day,” sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan.

"Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaharie Ahmad Shah), beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum rada kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari."

Menurutnya, kesemuanya berjalan lancar di awal 40 minit pertama penerbangan selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 12.40 awal pagi,

"Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pengkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Nelayan Terjumpa Rakit Getah Berkemungkinan Milik Pesawat MH370?

Kami sentiasa mengikuti perkembangan mengenai kehilangan pesawat MH370. Terbaru di Port Dickson, kami difahamkan melalui portal myMetro, satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan ‘boarding’ ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
“Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
“Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor,” katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
“Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
“Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.
“Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut,” katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.

Anggota Polis Merin Melaungkan Azan Ditengah Laut Dalam Usaha Mencari MH370

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, berikanlah petunjuk kepada kami, di mana keberadaan ‪#‎MH370‬, tunjukkanlah kepada kami Ya Allah.

f

MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4


MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing,Jessica Yee Wai Chingkerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi.

Panglima Udara nafi pesawat MH370 di Pulau Perak

Panglima Udara nafi pesawat MH370 di Pulau PerakPanglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk.

Kata beliau, laporan akhbar Berita Harian pada Selasa yang memetik kenyataannya itu telah tersalah lapor.

"Saya minta laporan itu dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir yang seterusnya tentang apa yang jelas tidak tepat dan salah lapor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Berita Harian melaporkan Rodzali berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

Menurut Rodzali beliau telah diminta mengesahkan kejadian itu oleh wartawan Berita Harian tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu ialah 'sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Ketua Angkatan Tentera di Sama-sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

Pada sidang media itu, Rodzali berkata:
"TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke arah bertentangan sebelum pesawat itu hilang daripada radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan perairan Pulau Pinang."

Sementara itu, agensi berita Reuters memetik sumber pegawai kanan tentera Malaysia yang telah diberi taklimat tentang siasatan yang mengesahkan pesawat itu "mengubah laluan selepas Kota Bharu dan mengambil altitud lebih rendah" dan "terbang ke Selat Melaka".

Selat Melaka adalah perairan dunia yang paling sibuk yang menjadi laluan perkapalan utama antara timur dan barat.

Laporan media pada Selasa itu menunjukkan satu perkara: ada percanggahan antara kenyataan pertama Malaysia Airlines beberapa jam selepas pesawat Boeing 777-200 miliknya itu hilang.

Dalam kenyataan pertama pada 8 Mac itu, pesawat MH370 dikatakan dikesan kali terakhir di ruang udara Laut China Selatan dekat dengan kawasan perairan Vietnam.

Ia pada mulanya dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi dan kemudian dibetulkan kepada pukul 1.30 pagi. Pesawat itu berlepas dari KLIA tidak sampai satu jam sebelumnya iaitu pada pukul 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi.

Penduduk di sekitar lokasi laluan pesawat itu juga tampil mendakwa melihat ada pesawat terbang rendah di kawasan tersebut pada malam kejadian.

Usaha mencari dan menyelamat yang digerakkan sejak awal pagi Sabtu itu sehingga ini gagal menemui sebarang petunjuk. Penemuan beberapa petunjuk termasuk tompokan minyak di permukaan laut dan objek terapung kemudiannya tidak dapat dikaitkan dengan pesawat itu.

Operasi itu kemudian diperluaskan meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan. Ia kini meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.

Antara Gambar Yang benjadi tanda ??? Pilot MAS MH370

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.

Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.

Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.

Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.
Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.

Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. 

Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal.

Benarkah misteri kehilangan MH370 dikaitkan dengan alam Jin?



Pelbagai aset negara dan bantuan antarabangsa digerakkan. Telah banyak pakar tampil kehadapan mengeluarkan peLbagai teori. Sudah banyak sidang media diadakan untuk memperjelaskannya. Namun, pesawat MH370 masih gagal ditemui walaupun pencarian sudah melangkaui hari keempat.

Dimana MH370 ?

Dimedia sosial pelbagai spekulasi bertebaran sehingga jenuh pihak berkuasa menjawab segala pertanyaan pihak wartawan ditambah pula entah darimana muncul pakar-pakar mee segera bercakap soal dunia penerbangan ibarat sudah berpengalaman berpuluh tahun mengenainya.

Allah sedang berbicara dengan kita semua disebalik misteri kehilangan MH370. Allah sedang memperlihatkan kekuasaanNYA agar kita sedar bahawa segala kemampuan yang kita miliki adalah terbatas kerana pada hari ini manusia sudah lupa akan kewujudan kekuasaan tuhan yang mencipta alam. Manusia menyanjung ilmu sains berbanding Allah yang empunya ilmu sains tersebut.

Kita tidak menolak kehilangan pesawat MH370 berpunca daripada perbuatan pengganas. Segala kemungkinan tidak boleh ditolak serta-merta. Tetapi mengapakah kita seolah-olah menolak mengenai kemungkinan kehilangan MH370 disebabkan sesuatu diluar jangkauan akal fikiran manusia?. Misteri kehilangan MH370 benar-benar mencabar keilmuan pakar-pakar yang terlibat dan ilmu sains serta teknologi kebanggaan manusia.

Salah satu kemungkinan untuk mengrungkai misteri ini adalah wujudnya kaitan dengan fenomena alam ghaib atau lebih tepat dengan alam Jin itu sendiri. Apakah ianya sesuatu yang mustahil?. Sekiranya segala teknologi yang dimiliki dialam manusia dikerahkan untuk mencari MH370 namun tetap menemui jalan buntu, apakah masih mahu menolak kemungkinan ianya dikaitkan dengan alam jin?.

Bukanlah sesuatu yang mustahil jika makhluk yang bernama Jin melakukan sesuatu terhadap MH370 berserta para penumpangnya dengan izin Allah SWT. Kemungkinan itu ada. Makanya bantuan secara ghaib mestilah berterus ditagih iaitu doa. Manusia yang beriman dengan Allah SWT akan meletakkan segala pengharapannya kepada Allah kerana daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali.

Ada pihak yang menganggap kemungkinan tersebut sebagai satu bentuk jenaka dan mengarut. Tetapi bagi kita sebagai umat Islam, bukanlah sesuatu yang pelik jika terdapatnya manusia-manusia yang tidak mempercayai akan alam ghaib kerana sejak zaman Rasulullah SAW lagi kaum musyrik memperlekehkan akan kewujudannya.

Disaat ini, tiada apa yang lebih penting selain kita meminta tolong secara ghaib iaitu melalui doa. Usah berhenti berharap kerana Allah tahu lagi mendengar doa hamba-hambaNYA. Perlu kita sedar agar mengingatkan diri kita bahawa segala didunia ini adalah milik Allah bukannya milik kita sebagai hambaNYA termasuklah MH370 dan para penumpangnya.

Respon MAS Berhubung Penyebaran Gambar 'PANAS' Pembantu Juruterbang



 
Selepas laporan negatif media Australia, MAS menggesa media dan orang awam menghormati privasi anggota keluarga kru dan penumpang pesawat hilang MH370. 

Gesaan itu dibuat kerana keadaan sekarang dianggap masa sukar untuk mereka. 

“Kebajikan kedua-dua pihak, anggota keluarga kru dan penumpang tetap tumpuan kami. 

“Pada masa yang sama, keselamatan penumpang menjadi perkara terpenting buat kami,” menurut kenyataannya. 

Mengulas laporan yang antaranya menggambarkan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebagai melanggar peraturan dan berfoya-foya, MAS berkata, mereka maklum perkara itu dan memandang serius. 

MAS bagaimanapun dalam masa yang sama berasa terkejut. 

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video-video insiden yang didakwa itu. 

“Seperti kamu sedia maklum, kita di tengah-tengah krisis dan tidak mahu tumpuan kita dilencongkan,” menurut kenyataan itu lagi.

Enam sebab kehilangan misteri MH370, kata pakar penerbangan


Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan. 
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.
"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. 
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.
"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau. - Bernama, 12 Mac, 2014.

MAS terkejut dakwaan terhadap pembantu juruterbang MH370

MAS terkejut dakwaan terhadap pembantu juruterbang MH370KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.

Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.

"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.


MH370 : Fomer US Airways pilot talks


It is hard to pinpoint what happened on MH370 until the aircraft has been found, according to a former Us Airways pilot, Captain Chesley Sully Sullenberger. Sully is among the pilots who have faced an emergency situation. In 2009, when the plane he was piloting suffered engine failure, it forced him to make an emergency landing in Hudson Valley, New York.

)

Media Australia dakwa Pembantu Juruterbang MH370 suka berpoya-poya dalam kokpit adakah ini Benar?


Satu laporan yang muncul di media Australia menggambarkan perspektif berbeza ke atas sikap seorang pembantu juruterbang untuk pesawat MH370, yang masih belum ditemui sehingga kini.

Laporan TV Channel 8 Australia itu menggariskan dengan terperinci tindakan pembantu juruterbang itu, Fariq Abdul Hamid dan rakan-rakannya ketika membantu mengemudi satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut, Fariq merokok dan berfoya-foya dengan dua orang penumpang wanita di kokpit kapal, ketika pesawat yang dinaiki sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Roos memberitahu rancangan TV A Current Affair bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.

“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbual-bual dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan.

"Pada satu masa, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan berbual dengan kami.

"Mereka sangat berminat dengan perbualan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Roos.

Menurut laporan berkenaan, Fariq mengenalpasti warga Afrika Selatan ketika kedua-duanya sedang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut di lapangan terbang Phuket pada Disember 2011.

Katanya, seorang pramugari menjemput mereka untuk ke kokpit kapal penerbangan Phuket-Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, juruterbang pesawat MH370 pula, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, digambarkan sebagai seorang yang amat meminati dunia penerbangan dan turut memasang sistem simulasi penerbangan di kediamannya.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”