Showing posts with label Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Sensasi. Show all posts

Thursday 14 June 2012

Aaron Aziz Dikutuk Gara-Gara Puji Menteri?

Gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menerusi Twitter, pelakon popular Aaron Aziz dikutuk peminat yang melihat pujian tersebut sebagai “membodek” bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.


Menurut laman blog hiburan terkenal, Oh Bulan, ada pemilik akaun Twitter yang menyatakan bahawa Aaron mampu menggunaka popularitinya itu untuk “memotong barisan” pemohon lain yang terlebih dahulu memohon status penduduk tetap berbanding dirinya.
“Ada yang berkata bahawa populariti Aaron Aziz bisa membolehkannya untuk memotong ‘que’ barisan pemohon status penduduk tetap! Wah, bukan main nakal lagi ye mulut-mulut orang ni ye! Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya,” kata laman hiburan tersebut baru-baru ini.
Menurut sumber dari sebuah blog di Hazrey.com ( http://www.hazrey.com/2012/06/856-people-going-against-our-effort.html), Aaron sebenarnya terpilih untuk turut serta di dalam satu kempen menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.
Menurut Hazrey, kempen tersebut dalam diam telah menarik minat Hishamuddin yang kemudiannya membawa perkara tersebut di dalam perhatian untuk tindakan lanjut.
Beliau dikatakan telah berbincang dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan Diyana Halik bagi membantu kempen mengutip derma bagi mengisi tabung untuk dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan.
Komen artis mengenai beberapa pemimpin politik sebelum ini menimbulkan kontroversi di kalangan peminat.
Selain kecenderungan pengamal industri hiburan baru-baru ini yang tidak lagi takut mengumumkan sokongan politik mereka kepada parti-parti politik di negara ini, fenomena “artis berpolitik”tersebut dijangka berlarutan sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung nanti.
Pelakon komedi, Bob Lokman mendahului artis-artis lain untuk menyertai Pas sebelum jejak langkahnya disertai penyanyi bersuara emas, Aishah.
Afdhlin Shauki, Harun Salim Bachik, Amy Search, Ibnor Riza dan beberapa artis lain pula memilih untuk menyertai UMNO.
Beberapa artis lain seperti Katriona Ross, Sham Kamikaze, Mustapha Kamal, Abby Abadi, Wardina Safiyyah pula pernah dijemput ke program anjuran parti-parti politik.
Bagaimanapun, mererka menafikan penglibatan atau sokongan mereka terhadap parti-parti tersebut bila ditanya media.  – Mynewshub.my


Zain Pasrah Rozita Cintakan Beego




Aktor Zain Saidin tidak ada sebab untuk berasa kecewa apabila aktres jelita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Rozita Che Wan kini dikaitkan pula dengan pelakon Beego.

Zain sebaliknya memberitahu, sekiranya benar gosip Rozita Che Wan dan Beego bercinta, ianya adalah satu berita baik dan dia tumpang gembira bagi Rozita.

“Kalau itulah pilihan Che Ta (Rozita) saya doakan dia bahagia juga gembira dengan pilihannya itu dan saya yakin dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Saya langsung tiada apa masalah dan hak menghalang berhubung perkara itu, kerana itu adalah urusan peribadi Cik Ta,” jeasnya lagi yang ditemui pada majlis pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari pada Selasa.

Zain menambah lagi, perkhabaran terbaru itu sekali gus secara tidak langsung melenyapkan gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon jelita itu.

sumber : xlupa

Wednesday 13 June 2012

Remy Ishak Mengadu Dilayan Macam Sampah Oleh Tiz Zaqyah

Artis dan twitter tak dapat dipisahkan.Sekiranya ada yang tak puas hati.Dengan cepat sebarkan di twitter.Macam mengadu denga peminat la tu.Mintak sokongan disamping publisiti.Terkini pasangan romantik yang diambang perpisahan..


Dan kali ini giliran Remy Ishak & Tiz Zaqyah. Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Dan, itu sebenarnya bukan masalah besar. Jika dibandingkan dengan layanan teman wanita sehingga memaksa jejaka gagah ini mengadu kepada peminat di Twitter. Tiz Zaqyah dikatakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita. Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat. Kami berminat untuk mengetahui maksud sebenar tulisan terakhir Remy Ishak yang mengatakan Tiz Zaqyah mengucapkan selamat tinggal kepada beliau selepas mengetahui tentang isu ini. Sudah berakhir




sumber : xlupa


Neelofa Buat Sidang Media Tergempar Jawab Isu Bergaduh Dengan Anzalna


Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua pelakon yang sedang meningkat naik, Neelofa dan Anzalna Nasir seperti yang disiarkan dalam sisipan hiburan B-Pop Berita Minggu yang lalu, sehinggakan pelakon dan penerbit terkenal, Hans Isaac tampil membela Neelofa dalam akaun Twitternya.


Pada petang ini, Neelofa akan mengadakan sidang media untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Anzalna di mana kenyataannya telah disiarkan oleh wartawan Zubir Berita Minggu.

 Mungkinkah Neelofa akan menyaman setelah mendapatkan khidmat dan nasihat peguam atau pun jalan berdamai dan bermaafan dengan bersemuka dengan Anzalna? buang yang keruh ambil yang jernih.

Sebelum ini menerusi statusnya di laman sosial, Hans mencadangkan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan yang menulis artikel berkenaan di samping mencabar wartawan berkenaan berdebat secara langsung di kaca TV.

Selain itu, Hans turut meluahkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar terbitan hujung minggu lalu.


9 Keping Gambar Izara Aishah Dengan Uniform Sekolah

Jarang sekali kita dapat melihat artis-artis wanita bergaya dengan uniform sekolah. Namun nasib anda baik hari ini kerana Izara Aishah yang terlibat dengan program Astro Oh My English tampil berpakaian sedemikian semalam di majlis pelancarannya. Memang super duper cute tahap naga gaban.










Tuesday 12 June 2012

Gambar Juliana Evans Berbaju Pengantin

Gambar Juliana Evans Pakai Baju Pengantin. Artis wanita yang ayu ini adalah pelakon yang sangat popular dengan filem hantu bonceng. Sebenarnya, Juliana Evans berpakaian camni bukannya untuk kahwin. Tapi, tampil anggun dalam persalinan pakaian pengantin untuk majalah Raja Sehari edisi pertama yang dijangka keluar pada pertengahan bulan ini.






Live Streaming Malaysia Vs Singapura 12 Jun 2012


Malaysia dan Singapura akan sekali lagi bertembung dalam siri perlawanan antarabangsa pada 12 Jun 2012 ini. Dalam pertemuan pertama pada 8 Jun 2012 yang lepas, kemenangan skuad Harimau Malaya dinafikan dengan keputusan ‘ganjil’ pengadil dari Hong Kong dan akhirnya Malaysia sekadar seri 2-2 dalam perlawanan berkenaan.




Pada 12 Jun 2012 ini, perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.30 malam. Untuk makluman, Astro Arena 801 akan menyiarkan Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012. Anda juga boleh menyaksikan Live Streaming Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012 menerusi link di  SINI . Sila tunggu sehingga 10 minit sebelum perlawanan untuk update link (sekiranya ada). Harap maklum.

Kalau tak boleh kamu juga boleh pergi ke SINI.

Jadual penuh perlawanan EURO 2012 mengikut waktu Malaysia

Anda gilakan bola sepak? Jangan terlepas menyaksikan aksi hebat perlawanan bola sepak EURO 2012 dengan jadual penuh waktu perlawanan EURO mengikut waktu Malaysia ini.


Monday 11 June 2012

Video Nikita Mirzani Dedah Dada


Model dan aktres kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani menafikan bahawa dia sengaja tampil seksi dalam sebuah rancangan terbitan stesen Trans TV, “Kakek-Kakek Narsis” (KKN).

Dipetik daripada Kapan Lagi, Nikita telah ditegur oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menerusi surat yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu mengatakan bahawa dia telah mendedahkan payudaranya dengan membuat aksi kurang sopan.


Petikan surat itu mengatakan, “Pada 26 Disember 2011, jam 11.39 malam WIB, seorang model telah mengeksploitasi tubuh bahagian dada dengan menggoyang-goyangkannya secara vulgar. Selain itu juga, program tersebut turut mendedahkan bahagian paha.”

Oleh itu, KPI beranggapan tindakan ibu anak satu ini telah melanggar Pedoman Perilaku Penyiaran Fasal 8 dan Standard Program Siaran Fasal 9 dan 17a.

Walaubagaimanapun teguran itu ditangani biasa oleh Nikita yang menafikan bahawa tindakannya itu disengajakan.

“Saya tidak berniat untuk membuat sedemikian. Saya memakai baju yang disediakan oleh pihak mereka. Saya bekerja untuk mencari duit, oleh itu saya ikutkan sahaja,” ujar Nikita.






[FOTO-FOTO HOT!!] update DEWI PERSIK DALAM FILEM 'PACAR HANTU PERAWAN'


Filem dari seberang, Pacar Hantu Perawan yang dibintangi oleh Dewi Persik (Depe), Vicky Vette dan Misa Campo, turut ditunggu2 oleh 'kaum adam' di Malaysia kerana banyak adegan "yummi" dan juga kontroversi seperti aksi mandi Depe dengan baju basah. Di bawah ini antara screenshot adegan2 panas dalam filem Pacar Hantu Perawan.






















Shah Rukh Khan Mahu Beli Kelab Bola ?


AKTOR Shah Rukh Khan sebelum ini membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Namun kini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dia menyuarakan keinginannya untuk memiliki kelab bola sepak tertua di India, Dempo SC.

Menurut sumber yang disiarkan dalam NDTV, Shah Rukh berkira-kira untuk membelanjakan kira-kira Rs30 crore (RM17.4 juta) untuk membeli 50 peratus daripada saham pasukan itu.

“Jika pembelian itu terlaksana, kami berharap agar Salman Khan membeli pasukan United Sikkim pula. Jika ia benar-banar berlaku, pasti masa depan pasukan bola sepak di India akan bertambah cerah.” ujar sumber itu.
Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo menjelaskan bahawa pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan aktor filem Kuch-Kuch Hota Hai itu bagaimanapun beliau mengesahkan perbincangan sudah bermula.


Kabin Persendirian A380 Singapore Airlines (10 Gambar)

Damn SIA. Ini memang terlalu winning. Untuk kabin kelas pertama SIA kini menawarkan kabin persendirian untuk perjalanan dari Singapura ke New York. Kabin ini dilengkapi kerusi yang boleh diubah menjadi katil, skrin 23 inci dan paling penting privasi sepanjang perjalanan. Untuk menikmati kemewahan ini anda perlu membayar USD 15 750 untuk perjalanan dua hala. Expensive but insanely awesome.





OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”