Thursday 14 June 2012

Zain Pasrah Rozita Cintakan Beego




Aktor Zain Saidin tidak ada sebab untuk berasa kecewa apabila aktres jelita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Rozita Che Wan kini dikaitkan pula dengan pelakon Beego.

Zain sebaliknya memberitahu, sekiranya benar gosip Rozita Che Wan dan Beego bercinta, ianya adalah satu berita baik dan dia tumpang gembira bagi Rozita.

“Kalau itulah pilihan Che Ta (Rozita) saya doakan dia bahagia juga gembira dengan pilihannya itu dan saya yakin dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

“Saya langsung tiada apa masalah dan hak menghalang berhubung perkara itu, kerana itu adalah urusan peribadi Cik Ta,” jeasnya lagi yang ditemui pada majlis pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari pada Selasa.

Zain menambah lagi, perkhabaran terbaru itu sekali gus secara tidak langsung melenyapkan gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon jelita itu.

sumber : xlupa

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”