Thursday 14 June 2012

Aaron Aziz Dikutuk Gara-Gara Puji Menteri?

Gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menerusi Twitter, pelakon popular Aaron Aziz dikutuk peminat yang melihat pujian tersebut sebagai “membodek” bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.


Menurut laman blog hiburan terkenal, Oh Bulan, ada pemilik akaun Twitter yang menyatakan bahawa Aaron mampu menggunaka popularitinya itu untuk “memotong barisan” pemohon lain yang terlebih dahulu memohon status penduduk tetap berbanding dirinya.
“Ada yang berkata bahawa populariti Aaron Aziz bisa membolehkannya untuk memotong ‘que’ barisan pemohon status penduduk tetap! Wah, bukan main nakal lagi ye mulut-mulut orang ni ye! Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya,” kata laman hiburan tersebut baru-baru ini.
Menurut sumber dari sebuah blog di Hazrey.com ( http://www.hazrey.com/2012/06/856-people-going-against-our-effort.html), Aaron sebenarnya terpilih untuk turut serta di dalam satu kempen menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.
Menurut Hazrey, kempen tersebut dalam diam telah menarik minat Hishamuddin yang kemudiannya membawa perkara tersebut di dalam perhatian untuk tindakan lanjut.
Beliau dikatakan telah berbincang dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan Diyana Halik bagi membantu kempen mengutip derma bagi mengisi tabung untuk dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan.
Komen artis mengenai beberapa pemimpin politik sebelum ini menimbulkan kontroversi di kalangan peminat.
Selain kecenderungan pengamal industri hiburan baru-baru ini yang tidak lagi takut mengumumkan sokongan politik mereka kepada parti-parti politik di negara ini, fenomena “artis berpolitik”tersebut dijangka berlarutan sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung nanti.
Pelakon komedi, Bob Lokman mendahului artis-artis lain untuk menyertai Pas sebelum jejak langkahnya disertai penyanyi bersuara emas, Aishah.
Afdhlin Shauki, Harun Salim Bachik, Amy Search, Ibnor Riza dan beberapa artis lain pula memilih untuk menyertai UMNO.
Beberapa artis lain seperti Katriona Ross, Sham Kamikaze, Mustapha Kamal, Abby Abadi, Wardina Safiyyah pula pernah dijemput ke program anjuran parti-parti politik.
Bagaimanapun, mererka menafikan penglibatan atau sokongan mereka terhadap parti-parti tersebut bila ditanya media.  – Mynewshub.my


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”