Monday, 11 June 2012

Memalukan Penjawat Awam Je Lelaki nih !



Gambar Hiasan

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.

Goreng Macbook,iPad,iPhone Dan iPod



Ini merupakan hasil karya seorang jurugambar, Henry Hargreaves, 32. Tanpa rasa ragu, dia telah menggoreng iPad, iPhone, iPod dan komputer riba Apple dalam minyak yang panas.
Jangan terkejut dahulu. Ini semua hanyalah replika dari setiap gadget canggih itu sebelum menggorengnya.
“Saya bukan orang kaya yang sanggup membeli dan menghancurkan alat elektronik.
“Saya juga tidak berminat untuk mengetahui tentang peranti di dalam gadget tersebut, maka saya buat gadget ini secara khas daripada gabus,” kata Henry.


Lelaki dari New Zealand itu mendapat idea untuk projek tersebut setelah melihat video dari seorang remaja Jepun yang menggoreng PlayStation PSP dan dia berminat dengan idea tersebut.
Maka, Henry mengambil keputusan untuk memperkembangkan idea tersebut dan hasilnya difotokan.
Selain itu, Henry juga membuat satu teori iaitu menyamakan budaya teknologi dan makanan segera.
“Ia dihidangkan dengan segera dan dibuang dengan segera juga,” ujar Henry.







LUAHAN HATI BEEGO MENGENAI ISU BERPIMPINAN TANGAN DENGAN ROZITA CHE WAN



SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.
Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.
Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu Kosmo! bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.
Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan Rozita dan Beego, wartawan telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.
Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?
Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.
Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?
Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.
Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?
Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Shah Rukh Khan Mahu Beli Kelab Bola ?


AKTOR Shah Rukh Khan sebelum ini membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Namun kini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dia menyuarakan keinginannya untuk memiliki kelab bola sepak tertua di India, Dempo SC.

Menurut sumber yang disiarkan dalam NDTV, Shah Rukh berkira-kira untuk membelanjakan kira-kira Rs30 crore (RM17.4 juta) untuk membeli 50 peratus daripada saham pasukan itu.

“Jika pembelian itu terlaksana, kami berharap agar Salman Khan membeli pasukan United Sikkim pula. Jika ia benar-banar berlaku, pasti masa depan pasukan bola sepak di India akan bertambah cerah.” ujar sumber itu.
Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo menjelaskan bahawa pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan aktor filem Kuch-Kuch Hota Hai itu bagaimanapun beliau mengesahkan perbincangan sudah bermula.


Samurai Kings (Sengoku Basara) laptops are now available


Samurai Kings (Sengoku Basara) laptops are now available. You can choose from 4 different lid designs. The laptops come loaded with wallpapers of all 48 generals, and many other contents. Aren't the designs cool?
*This products are only on sale at Japan




[Gambar] Sultan Johor Dan Datuk Razak Dawood (Proton Motorsport) WWW1 Satria Neo


No plat termahal di Malaysia iaitu pendaftaran WWW 1 yang harganya mencecah RM 520,000 telah dipasang pada Proton Satria Neo. Selain mencatat sejarah, seorang bekas Menteri Besar Perak turut disiasat oleh pihak Polis berikutan kenyataan dilaman twitter beliau.

Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.

Untuk Maklumat anda, kereta yang memiliki No Plat WWW 1 itu adalah kepunyaan Sultan Johor.





                          Sultan Johor Dan Datuk Razak Dawood (Proton Motorsport)







Alahai Comel Nak Mampos


Lihat Video Dibawah :


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”