Wednesday, 3 October 2012

[Video] Malang Menjadi Isteri Pelumba Kereta Professional


Augusto Farfus ialah seorang pelumba kereta DTM BMW. Di bawah ialah video beliau memandu sebuah BMW M3 Coupe dengan isteri beliau Liri Farfus sebagai penumpang. Lihatlah sendiri isteri beliau yang tak senang duduk dengan kegilaan pemanduan suami tercinta. Tak kesian kat bini langsung mamat ni. Enjoy the video..

Sudah Elok Bertudung Tetapi Bogel Pulak ?




Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, coli ditanggalkan dan kamera handphone dihalakan ke tubuh badan. Buttang 'shutter' diklik, lalu gambar diri sendiri berkeadaan tanpa coli diambil. Bunyinya seperti adegan porno, tetapi inilah realiti ramai perempuan Melayu zaman sekarang yang langsung tidak malu mengambil gambar bogel sendiri.

Mereka berasa berani mengambil gambar bogel sendiri kerana beranggapan tiada siapa melihat di dalam bilik. Kemudian, ada yang mengatakan gambar tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi tanpa memikirkan kemungkinan ada pihak luar boleh mengakses gambar terebut di komputer atau handphone mereka. Ada juga yang mengambil gambar bogel sedemikian istimewa untuk teman lelaki dengan beranggapan teman lelaki yang disayangi itu tidak akan berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakannya.

Apabila telah berlaku penyebaran gambar bogel mereka di internet, perempuan-perempuan ini mulalah menuduh ada pihak telah melakukan khianat terhadap mereka. Ada yang memberi alasan bahawa ada pihak yang jahat telah mengakses album private yang mengandungi gambar-gambar 'separa lucah' mereka di akaun Facebook yang terlupa di'logout'. Mereka langsung tidak menyalahkan kebodohan mereka sendiri kerana menjadi 'bangang' mengambil gambar sendiri dalam keadaan bogel.

Sekali gambar bogel dimuatnaik ke internet, maka dengan sangat pantas gambar tersebut boleh tersebar ke forum-forum, blog dan web. Sudah pastinya, gambar lucah yang ditunggu-tunggu sebegini berpotensi besar akan di'save' ke dalam komputer oleh ramai lelaki tanpa mengira spesis. Akibatnya, si perempuan ini akan menjadi bahan tatapan nafsu seks oleh lelaki entah siapa dan lebih malang lagi mungkin menjadi perangsang untuk onani. Maruah jatuh ke tahap menyamai pelacur.

Perasaan malu akan ditanggung oleh diri, suami dan keluarga sepanjang hayat selagimana gambar-gambar bogel tersebut masih disimpan oleh lelaki-lelaki, walaupun perempuan itu sudah bertaubat.

Maka, jangan jadi bodoh wahai perempuan !

Suami Isteri Peluk-Peluk Di Tempat Awam, Benarkah Tidak Salah ?



A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?
B:  Dosa la, sebab hukumnya Haram.
A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?
B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !
A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..
A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?
B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...
A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?
B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!! Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...
A: Tahu takpe...

Tuesday, 2 October 2012

PANASS!! Tiz Zaqyah Tunjuk Gambar Pehanya Yang Digigit


Itulah artis kita, upload dulu then baru fikir apakah respond peminat…gambar ini diupload ke laman sosial dan kemudianya selepas 5 minit telah dipadam berikutan terlalu banyak komen negatif yang diterima. Apa-apapun kredit kepada media malaya kerana dengan pantasnya telah berjaya mendapatkan gambar ini


Gangnam Style Versi Metal. Terbaik!



Demam Gangnam Style seakan belum kebah, setiap hari ada saja parodi muncul dan siapa sangka pengaruh Gangnam style sudah menjejak pengaruhnya ke muzik metal. Ya! Metal. Semuanya adalah usaha seornag pemuzik iaitu Eric Calderone yang mengabungkan dua muzik yang berbeza ini.

Ini tahu bagaimana hasilnya gabungan ini? Jom cekidot video dibawah!

Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang


Pada tika dan saat ini di laman Facebook agak kecoh dengan fenomena HALO yang sedang berlaku..Pasti ada yang tak tahu dan pasti dah ramai juga yang dah tahu akan fenomena Halo ini.. fenomena Halo adalah satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.
kongsikan bersama anda ya...








Trailer Filem Baru Sylvester Stallone ‘Bullet To The Head’



Walaupun agak sukses dengan rangkaian filem The Expendables namun kini pelakon aksi Sylvester Stallone (66) bakal muncul dengan filem aksinya terbaru iaitu 'Bullet To The Head' yang bakal menemui peminat pada 2013. Ini merupakan filem aksi solonya selepas terakhir filem Rambo 4 pada tahun 2010.

Apa yang kami suka mengenai filem ini adalah penampilan Stallone sendiri yang jauh lebih macho dengan tubuh yang agak tegap jika dibandingkan dengan penampilannya dalam filem Rambo 4. #ThunbsUp!

Jadi jom cekidot trailer 'Bullet to The Head'.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”